Connect with us

Terkini

Babitkan lebih ramai golongan wanita dalam TVET – Setiausaha Puteri UMNO

Pihak berkepentingan termasuk kerajaan dan swasta disaran menitikberatkan pembabitan golongan wanita dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Babitkan lebih ramai golongan wanita dalam TVET - Setiausaha Puteri UMNO
Foto: Setiausaha Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan
  • Cabaran dan konteks utama membelenggu penyertaan golongan wanita muda ikuti TVET adalah mitos sosiobudaya bidang kerjaya industri ini yang didominasikan oleh lelaki. – Setiausaha Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan.
  • “Kerajaan dan swasta perlu menitikberatkan sensitiviti jantina dalam pembangunan TVET dengan sediakan infrastruktur pembelajaran sensitif jantina di institusi-institusi berkaitan.”
  • “Pihak berkepentingan perlu mereka bentuk dan laksanakan dasar tindakan afirmatif nasional untuk penyertaan wanita muda dalam bidang pekerjaan didominasikan oleh lelaki.”
  • “Selain itu, jalankan penyelidikan mengenai strategi khusus bagi tarik minat wanita muda sertai TVET dengan salurkan sebahagian dari perbelanjaan TVET khusus kepada golongan ini,”
  • “Tambah bilangan pengajar TVET profesional wanita muda untuk mengajar dalam disiplin kemahiran yang didominasi oleh golongan lelaki,” katanya.

KUALA LUMPUR: Pihak berkepentingan termasuk kerajaan dan swasta disaran menitikberatkan pembabitan golongan wanita dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Setiausaha Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan berkata, mitos sektor pendidikan teknikal hanya dikuasai golongan lelaki perlu dihapuskan.

Katanya, ia juga selaras dengan Belanjawan 2023 yang menggariskan pelbagai inisiatif dan insentif dalam merealisasikan pembangunan ekonomi rakyat semua golongan.

Beliau berkata, antara cabaran dan konteks utama yang membelenggu penyertaan golongan wanita muda mengikuti TVET adalah mitos sosiobudaya bidang kerjaya industri ini yang didominasikan oleh lelaki.

“Dalam hal ini, pihak berkepentingan seperti kerajaan dan swasta perlu menitikberatkan sensitiviti jantina dalam pembangunan TVET dengan menyediakan infrastruktur pembelajaran sensitif jantina di institusi-institusi berkaitan.

“Pihak berkepentingan juga perlu mereka bentuk dan melaksanakan dasar tindakan afirmatif nasional untuk penyertaan wanita muda dalam bidang pekerjaan yang didominasikan oleh lelaki.

“Selain itu, pihak kerajaan dan swasta juga perlu menjalankan penyelidikan mengenai strategi khusus bagi menarik minat wanita muda menyertai TVET dengan menyalurkan sebahagian daripada perbelanjaan TVET khusus kepada golongan ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Antara saranan lain, pihak berkepentingan juga perlu menambah bilangan pengajar TVET profesional wanita muda untuk mengajar dalam disiplin kemahiran yang didominasi oleh golongan lelaki.

Beliau berkata inisiatif TVET merangkumi persediaan awal peralihan daripada dunia pembelajaran kepada industri.

“Pendedahan awal sebegini mampu meningkatkan pengetahuan praktikal dan menjadi aset berharga kepada kebolehpasaran wanita muda yang mengikuti TVET.

“Pendekatan transformasi jantina yang inovatif termasuk membangunkan kemahiran keusahawanan dan meningkatkan penyertaan wanita dalam dunia pekerjaan seharusnya dipupuk,” katanya.

Sebanyak 20.6 peratus atau 186,855 daripada jumlah keseluruhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan perniagaan pemilikan wanita di negara ini yang menyumbang kepada RM69.1 billion Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta membuka hampir 800,000 peluang pekerjaan.

“Manakala mengikut rekod dari sudut teknikal, pada tahun 2021, penyertaan golongan wanita dalam bidang profesional dan teknikal adalah 41.5 peratus berbanding 58.5 peratus lelaki.

Nurul Hazwani berkata, adalah menjadi tanggungjawab Puteri UMNO untuk bertindak secara progresif menjadi ‘bridge’ penyaluran informasi serta peluang terbuka bagi meningkatkan kapasiti permintaan pasaran buruh, terutamanya terhadap pengambilan wanita muda berkemahiran tinggi dalam pelbagai sektor ekonomi.

Katanya, antara perkara yang menjadi fokus utama Solusi 4S (Simetri, Struktur, Sinergi, Stabil) adalah memperkasakan ekonomi wanita muda agar lebih fleksibel, relevan serta efisyen dalam menghadapi landskap ekonomi dinamik menerusi inisiatif TVET.

“Kombinasi dua elemen 4S iaitu SINERGI dan STABIL memainkan peranan utama bagi menjayakan usaha ini.

“Menerusi penubuhan sistem implementasi, organisasi Puteri UMNO yang mempunyai lebih 300,000 ahli seharusnya menjadi titik permulaan dalam mengenalpasti golongan wanita muda berpotensi di peringkat cawangan, bahagian dan kemudiannya diangkat ke peringkat pusat untuk diserap ke dalam institusi TVET.

“Strategi dan perancangan ini boleh diukur dan dicapai, bukannya retorik!,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *