Connect with us

Terkini

Akta komunikasi dipinda lindungi wanita, kanak-kanak dari serangan seksual siber – Fahmi

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti keperluan meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi melindungi golongan wanita dan kanak-kanak terdedah pada serangan seksual di dunia maya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Akta komunikasi dipinda lindungi wanita, kanak-kanak dari serangan seksual siber - Fahmi
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital,  Fahmi Fadzil.
  • Pindaan itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai penubuhan unit khas di bawah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) untuk banteras aktiviti pornografi kanak-kanak. – Kementerian Komunikasi dan Digital,  Fahmi Fadzil 
  • “Dalam Kabinet, kita sudah mula berbincang mengenai keperluan teliti semula beberapa undang-undang akan bantu mengekang penularan pornografi kanak-kanak dan keganasan seksual yang jadi sasaran unit khas ini.
  • “Sebagai contoh, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteliti sama ada terdapat bahagian dalam undang-undang ini yang perlu dipinda dalam usaha untuk kita melindungi wanita dan kanak-kanak,” katanya

PETALING JAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti keperluan meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi melindungi golongan wanita dan kanak-kanak terdedah pada serangan seksual di dunia maya.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata pindaan itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai penubuhan unit khas di bawah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) untuk membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak.

Katanya, mesyuarat Kabinet juga turut membincangkan mengenai keperluan meneliti dan meminda beberapa undang-undang lain dalam usaha menyekat penularan pornografi kanak-kanak dan keganasan seksual di negara ini.

“Dalam Kabinet, kita sudah mula berbincang mengenai keperluan meneliti semula beberapa undang-undang yang akan membantu mengekang penularan pornografi kanak-kanak dan keganasan seksual yang menjadi sasaran unit khas ini.

“Kami akan buat pengumuman penuh mengenai perkara ini selepas kami memulakan beberapa siri libat urus yang perlu dilaksanakan merentas beberapa kementerian berbeza.

“Sebagai contoh, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteliti sama ada terdapat bahagian dalam undang-undang ini yang perlu dipinda dalam usaha untuk kita melindungi wanita dan kanak-kanak,” katanya pada sidang media Konvensyen Pemantapan Penerangan Keadilan Selangor di sini, pada Ahad.

Ketika membentangkan Belanjawan 2023 Jumaat lalu, Anwar mengumumkan penubuhan sebuah pasukan khas di bawah D11 Polis Diraja Malaysia (PDRM) khusus untuk mengekang aktiviti pornografi kanak-kanak.

Menurut Perdana Menteri, pasukan itu akan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk mencari pelaku yang menjadi dalang penularan pornografi kanak-kanak.

Mengulas lanjut, Fahmi menegaskan bahawa sebarang pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tidak akan menyekat atau menjejaskan operasi penyedia perkhidmatan telekomunikasi di negara ini.

“(Pindaan) tidak semestinya menyekat apa jua komitmen yang pernah dinyatakan kerajaan kepada syarikat telekomunikasi sebelum ini.

“Ini perkara yang perlu kita faham dan uruskan. Kementerian saya sedang meneliti perkara ini sekarang,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *