Connect with us

Terkini

150 penduduk RKT Kesedar Ranok Baru hadapi masalah bekalan air bersih

Seramai 150 penduduk Desa Seri Mutiara dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru di sini terpaksa menadah air hujan selain menggunakan air bukit yang ditandak berikutan tidak dapat menikmati bekalan air bersih sejak dua tahun lepas.

Wartawan TMT

Published

on

150 penduduk RKT Kesedar Ranok Baru hadapi masalah bekalan air bersih
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penduduk RKT Kesedar Ranok Baru mendakwa meskipun dipasang meter dan dilengkapi sistem perpaipan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), namun mereka tetap perlu bayar bil air walaupun tidak guna air bersih dari syarikat berkenaan.
  • Penduduk, Mohd Noor Fazley Hussein, 32, berkata, mereka bukan sahaja dikenakan caj oleh AKSB, malah turut buat bayaran tabung setiap bulan pada bendahari kampung tujuan penyelenggaraan air tandak.
  • “Malah, kami juga terpaksa berjalan sejauh empat kilometer (km) ke kawasan sungai sekiranya paip air tandak tersumbat atau bocor,” katanya
  • “Tindakan segera telah diambil seperti betulkan semula kedudukan injap yang diganggu bagi pastikan keadaan injap dan saliran air kembali pada keadaan sepatutnya,” – Kenyataan AKSB

GUA MUSANG, 3 Feb (Bernama) — Seramai 150 penduduk Desa Seri Mutiara dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru di sini terpaksa menadah air hujan selain menggunakan air bukit yang ditandak berikutan tidak dapat menikmati bekalan air bersih sejak dua tahun lepas.

Penduduk mendakwa meskipun dipasang meter dan dilengkapi sistem perpaipan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), namun mereka tetap perlu membayar bil air berkenaan walaupun tidak menggunakan air bersih daripada syarikat berkenaan.

Penduduk, Mohd Noor Fazley Hussein, 32, berkata, mereka bukan sahaja dikenakan caj oleh AKSB, malah turut membuat bayaran tabung setiap bulan kepada bendahari di kampung tersebut bagi tujuan penyelenggaraan air tandak.

“Sebelum ini kami dapat menggunakan air bersih daripada AKSB tetapi sejak dua tahun lalu air paip mula tiada dan kami terpaksa menggunakan air tandak.

“Malah, kami juga terpaksa berjalan sejauh empat kilometer (km) untuk ke kawasan sungai sekiranya paip air tandak terbabit tersumbat atau mengalami kebocoran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Desa Seri Mutiara, RKT Renok Baru di sini pada Jumaat.

Bagi Rahmah Abdul Rahman, 68, pula berkata, keadaan menjadi lebih teruk apabila hujan berlaku kerana air tandak menjadi keruh dan ada kalanya paip air tandak tersumbat dengan lumpur.

“Berasa sangat sedih apabila anak-anak yang pulang ke kampung terpaksa bawa semula pakaian kotor mereka untuk dibasuh di rumah mereka kerana air di sini keruh dan terpaksa menunggu air tandak kembali jernih untuk dicuci,” katanya.

Sementara itu, AKSB menerusi kenyataannya pada Jumaat memaklumkan, siasatan yang dijalankan mendapati beberapa punca berlaku seperti kedudukan kawasan yang hujung dengan paip agihan, terdapat pihak tidak bertanggungjawab mengusik, mengganggu atau mengubah kawalan injap di beberapa kawasan sehingga air tidak mengalir ke kawasan berbukit termasuk rumah pengadu.

“Selain itu, kekurangan bekalan dan tekanan air serta keadaan muka bumi yang berbukit dan jalan kampung menyebabkan penghantaran air melalui lori tangki tidak dapat dilakukan.

“Oleh itu, tindakan segera telah diambil seperti membetulkan semula kedudukan injap yang diganggu bagi memastikan keadaan injap dan saliran air kembali kepada keadaan yang sepatutnya,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending