Antarabangsa
56 tahun rakyat Palestin dinafikan hak sumber air, termasuk air hujan
Pendudukan tentera pengganas Israel di tanah Palestin dengan sistematik mencabul hak asasi rakyat Palestin dengan merampas atau menghancurkan kawalan sumber air, termasuk air hujan di kawasan yang dijajah itu.

- Pendudukan tentera pengganas Israel di tanah Palestin dengan sistematik mencabul hak asasi rakyat Palestin dengan merampas atau menghancurkan kawalan sumber air, termasuk air hujan di kawasan yang dijajah itu.
- Rejim haram Israel mengawal sumber air sekitar Tebing Barat selain struktur yang berfungsi sebagai tempat perkumpulan air hujan penduduk negara yang dijajah itu.
- Perkara itu berkuatkuasa sejak 1967 menerusi Perintah Ketenteraan 158 yang melarang warga Palestin melakukan pemasangan air (water installation) tanpa permit, lapor Amnesty.
- Terkini, Al Jazeera melaporkan cubaan mendapatkan air yang boleh diminum bagi 2.3 juta penduduk Gaza telah menjadi sesuatu yang hampir mustahil.
Pendudukan tentera pengganas Israel di tanah Palestin dengan sistematik mencabul hak asasi rakyat Palestin dengan merampas atau menghancurkan kawalan sumber air, termasuk air hujan di kawasan yang dijajah itu.
Rejim haram Israel mengawal sumber air sekitar Tebing Barat selain struktur yang berfungsi sebagai tempat perkumpulan air hujan penduduk negara yang dijajah itu.
Perkara itu berkuatkuasa sejak 1967 menerusi Perintah Ketenteraan 158 yang melarang warga Palestin melakukan pemasangan air (water installation) tanpa permit, lapor Amnesty.
Sejak itu, sebarang binaan infrastruktur atau pembukaan laluan air memerlukan permit iaitu sesuatu yang hampir mustahil untuk diperolehi.
Al Jazeera semalam melaporkan cubaan mendapatkan air yang boleh diminum bagi 2.3 juta penduduk Gaza telah menjadi sesuatu yang hampir mustahil.
Seorang penduduk Gaza, Osama Saqr, 33, berusaha untuk mendapatkan air untuk anak-anaknya yang kini berlindung di sekolah Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA).
Berhasil menemui air, beliau menghirup dan merengus setelah ditelan cecair masin diperolehinya itu sebelum mengeluh panjang.
“Ia tercemar dan tidak sesuai (diminum), tapi anak-anak saya sentiasa meminumnya, tiada pilihan lain,” katanya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan purata warga Gaza pada ketika ini hanya menggunakan 3 liter air untuk tujuan minuman dan pembersihan seharian berbanding amaun 7.5 liter, yang disyorkan agensi dalam situasi kecemasan. – The Merdeka Times
Sumber: Amnesty, Al Jazeera
Antarabangsa
Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

- Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
- Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
- Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
- “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
- “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.
Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.
Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.
Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.
Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.
Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.
Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI
Sumber: Berita Harian
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel