Connect with us

Antarabangsa

Tidak dapat makanan, air dan keperluan asas penghinaan buat manusia – Pope Francis

Kepayahan masyarakat untuk mengakses makanan, air dan keperluan asas merupakan satu bentuk penghinaan terhadap maruah manusia.

Wartawan TMT

Published

on

Tidak dapat makanan, air dan keperluan asas penghinaan buat manusia - Pope Francis
Foto: Pemimpin tertinggi Vatican, Pope Francis.
  • Kepayahan masyarakat untuk mengakses makanan, air dan keperluan asas merupakan satu bentuk penghinaan terhadap maruah manusia.
  • Pemimpin tertinggi Vatican, Pope Francis berkata, setiap insan seharusnya malu terhadap kepayahan yang dihadapi oleh segelintir manusia.
  • Beliau mahu masyarakat antarabangsa menggerakkan usaha bagi memastikan setiap masyarakat mendapat akses makanan, air dan keperluan asas.
  • “Hakikat bahawa begitu ramai orang tidak boleh mendapatkan makanan, air dan keperluan asas lain adalah satu penghinaan terhadap maruah mereka yang dianugerahkan Tuhan.
  • “Satu penghinaan yang sepatutnya memalukan semua manusia dan menggerakkan masyarakat antarabangsa,” katanya dalam platform X.
  • Berkaitan isu di Gaza, Pope Francis sebelum ini berkata, undang-undang kemanusiaan perlu dihormati.

KUALA LUMPUR – Kepayahan masyarakat untuk mengakses makanan, air dan keperluan asas merupakan satu bentuk penghinaan terhadap maruah manusia.

Pemimpin tertinggi Vatican, Pope Francis berkata, setiap insan seharusnya malu terhadap kepayahan yang dihadapi oleh segelintir manusia.

Justeru beliau mahu masyarakat antarabangsa menggerakkan usaha bagi memastikan setiap masyarakat mendapat akses makanan, air dan keperluan asas.

“Hakikat bahawa begitu ramai orang tidak boleh mendapatkan makanan, air dan keperluan asas lain adalah satu penghinaan terhadap maruah mereka yang dianugerahkan Tuhan.

“Satu penghinaan yang sepatutnya memalukan semua manusia dan menggerakkan masyarakat antarabangsa,” katanya dalam platform X.

Pemimpin tertinggi Vatican itu berkata demikian bagi meraikan Hari Makanan Sedunia 2023 yang disambut pada 16 Ogos setiap tahun.

Pope Francis menyampaikan mesej kepada Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) di mana beliau menekankan kepentingan tema 2023: “Jangan tinggalkan sesiapa pun”.

Advertisement

Pope Francis menyatakan bahawa dunia ditandai dengan realiti yang nyata di mana kemiskinan dan rasa putus asa terus melanda masyarakat.

Jeritan penderitaan dan keputusasaan mereka, katanya, seharusnya menyedarkan semua pihak daripada ketidakpedulian dan mendorong setiap insan untuk memeriksa hati nurani.

Pope menegaskan, bagaimana keadaan kelaparan dan kekurangan zat makanan yang berlaku dan menjejaskan ramai orang adalah hasil daripada ketidaksamaan dan ketidakadilan hingga menyebabkan ramai terpinggir.

Sementara itu beberapa pengikut platform X menyarankan Pope Francis membantu rakyat Palestin di Gaza yang berhadapan dengan bekalan air, makanan, bahan api dan perubatan berikutan sekatan yang dilakukan Israel.

“Dia bercakap tentang anda Israel kerana memotong bekalan makanan dan air ke Gaza!” kata Jan Willem.

“Mungkin Vatican boleh membantu Palestin?” tanya Daisy.

Advertisement

Berkaitan isu di Gaza, Pope Francis sebelum ini berkata, undang-undang kemanusiaan perlu dihormati.

Beliau menggesa agar jangan biarkan lagi darah yang tidak bersalah ditumpahkan baik di Tanah Suci umat Kristian di Juruselam mahupun di Ukraine atau mahupun di mana-mana tempat lain.

“Cukup! Peperangan sentiasa kekalahan, sentiasa! Saya terus mengikuti dengan penuh kesedihan apa yang berlaku di Israel dan Palestin.

“Saya memperbaharui rayuan saya untuk membebaskan tebusan dan saya meminta kanak-kanak, orang sakit, orang tua, wanita, dan semua orang awam tidak menjadi mangsa konflik,” katanya.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending