Antarabangsa
‘Wednesday’ sokong Palestin
Pelakon Hollywood, Jenna Ortega mengisytiharkan dirinya adalah penyokong Palestin.
Pelakon Hollywood, Jenna Ortega mengisytiharkan dirinya adalah penyokong Palestin.
Perkara itu diumumkan pemegang watak utama drama bersiri Netflix terkenal ‘Wednesday’ itu menerusi ciapan di Twitternya pada 7 Mac tahun lalu.
View this post on Instagram
Dalam ciapan itu, Jenna menyatakan sokongannya terhadap beberapa negara yang ditindas, termasuk Palestin.
Pelakon berusia 20 tahun itu juga meminta perkongsian sumber dari pengikutnya agar dia boleh membentuk satu ciapan berbentuk bebenang berkongsi maklumat demikian.
“Kita tidak boleh berputus asa dengan rakyat Ukraine, Yaman, Palestin, Kashmir, Iraq, Syria… dan banyak lagi negara perlu disenaraikan, malangnya. Bagi sesiapa yang sudi & ingin menyumbang apa sahaja cara yang mereka boleh, saya ingin membentuk satu bebenang dengan maklumat. Adakah sesiapa mempunyai sumber/pautan yang boleh mereka tambahkan?” katanya dalam ciapan itu.
Ciapan itu diulang ciap lebih 11,000 kali dan menerima lebih 84,000 tanda suka setakat hari ini.
Dia turut menyambung ciapan itu dengan berkongsikan beberapa pautan laman web, salah satunya ialah Decolonize Palestine.
Drama atas talian itu berjaya meraih jumlah tontonan tertinggi di Netflix, sekaligus melonjakkan nama Jenna yang memainkan peranan utama sebagai Wednesday Addams. – The Merdeka Times
Sumber: Twitter Jenna Ortega