Antarabangsa
Tujuh terbunuh serangan di rumah ibadat Baitulmuqaddis
Seorang lelaki bersenjata Palestin menembak mati sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan tiga yang lain di luar sebuah rumah ibadat di pinggir Baitulmuqaddis.

- Seorang lelaki bersenjata Palestin menembak mati tujuh orang dan mencederakan tiga yang lain di luar sebuah rumah ibadat di pinggir Baitulmuqaddis.
- Portal berita MailOnline melaporkan polis berkata, lelaki bersenjata tiba dalam pukul 8.15 malam dan melepaskan tembakan ke atas orang awam sebelum dibunuh oleh polis Israel.
- Serangan berlaku pada Hari Peringatan Holokaus Antarabangsa tetapi seorang jurucakap pergerakan Hamas berkata, serangan itu ada kaitan dengan serbuan tentera Israel di kem pelarian Jenin, wilayah Tebing Barat.
BAITULMUQADDIS – Seorang lelaki bersenjata Palestin menembak mati sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan tiga yang lain di luar sebuah rumah ibadat di pinggir Baitulmuqaddis.
Portal berita MailOnline melaporkan polis berkata, lelaki bersenjata itu tiba kira-kira pukul 8.15 malam (waktu tempatan) dan melepaskan tembakan ke atas orang awam sebelum dia dibunuh oleh polis Israel.
Imej di kaca televisyen menunjukkan beberapa mangsa terbaring di jalan raya di luar rumah ibadat berkenaan.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab, manakala serangan itu berlaku pada Hari Peringatan Holokaus Antarabangsa tetapi seorang jurucakap pergerakan Hamas berkata, serangan itu ada kaitan dengan serbuan tentera Israel di kem pelarian Jenin, wilayah Tebing Barat.
Serangan itu menggariskan kebimbangan tentang peningkatan keganasan selepas pertempuran tercetus selama berbulan-bulan di Tebing Barat dan memuncak berikutan serbuan pasukan keselamatan Israel di Jenin Khamis lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan penduduk Palestin. – Agensi
Sumber: Kosmo
