Antarabangsa
Scotland henti pindah transgender ke penjara wanita
Kerajaan Scotland akan menghentikan pemindahan wanita transgender dengan rekod keganasan terhadap wanita ke semua penjara wanita di negara itu.
- Pengumuman itu dibuat berikutan terdapat bantahan awam selepas wanita transgender, Isla Bryson, 31, disabitkan kesalahan merogol dua wanita sebelum tempoh peralihannya dibebaskan dari penjara wanita Cornton Vale yang kesemuanya wanita.
- Media Britain melaporkan bahawa seorang lagi banduan wanita transgender, Tiffany Scott, dianggap berisiko selepas mengganggu seorang gadis berusia 13 tahun akan dipindahkan ke penjara wanita.
- Menteri Kehakiman Scotland, Keith Brown berkata, beliau turut arahkan semakan segera terhadap amalan semasa sistem perundangan di negara itu.
- “Pengumuman mengenai perkara itu (pengasingan transgender) semalam tidak ada kaitan dengan undang-undang Scotland disekat termasuk keperluan untuk diagnosis perubatan bagi kenal pasti diri sebagai transgender dan turunkan umur kelayakan dari 18 kepada 16 tahun,” katanya.
LONDON: Kerajaan Scotland akan menghentikan pemindahan wanita transgender dengan rekod keganasan terhadap wanita ke semua penjara wanita di negara itu.
Langkah itu diambil beberapa hari selepas seorang perogol maknyah dikeluarkan dari penjara negara itu.
Ia juga merupakan perkembangan terbaharu dalam kontroversi yang sudah lama berlarutan di negara berkenaan.
Pengumuman kerajaan itu dibuat berikutan terdapat bantahan awam selepas wanita transgender, Isla Bryson, 31, disabitkan kesalahan merogol dua wanita sebelum tempoh peralihannya untuk dibebaskan dari penjara wanita Cornton Vale yang kesemuanya wanita.
Media Britain juga melaporkan bahawa seorang lagi banduan wanita transgender, Tiffany Scott, dianggap berisiko selepas mengganggu seorang gadis berusia 13 tahun yang akan dipindahkan ke penjara wanita.
Menteri Kehakiman Scotland, Keith Brown berkata, beliau turut mengarahkan semakan segera terhadap amalan semasa sistem perundangan di negara itu.
Kata Brown, isu wanita transgender melakukan kesalahan ganas dan seksual adalah subjek yang sangat beremosi dan kebimbangan orang ramai boleh difahami.
Tetapi, jelasnya lagi, beliau memberi amaran kepada orang ramai bahawa stigma terhadap wanita transgender adalah merupakan satu ancaman sambil menekankan bahawa lelaki pemangsa adalah lebih berisiko kepada wanita.
Isu transgender menjadi perhatian di Scotland selepas kerajaan meluluskan undang-undang pada Disember tahun lalu yang memudahkan orang ramai mengenal pasti jantina mereka.
Brown berkata pengumuman mengenai perkara itu (pengasingan transgender) semalam (30 Januari) tidak ada kaitan dengan undang-undang Scotland yang disekat termasuk keperluan untuk diagnosis perubatan bagi mengenal pasti diri sebagai transgender dan menurunkan umur kelayakan daripada 18 kepada 16 tahun. – AFP
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini1 day ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar