Connect with us

Antarabangsa

Rejim Israel mahu perkenal hukuman mati ke atas pejuang Palestin

Menteri Keselamatan zionis Israel, Itamar Ben-Gvir mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan undang-undang yang membenarkan hukuman mati terhadap pejuang kebebasan Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rejim Israel mahu perkenal hukuman mati ke atas pejuang Palestin
Foto: Menteri Keselamatan zionis Israel, Itamar Ben-Gvir
  • Menteri Keselamatan zionis Israel, Itamar Ben-Gvir mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan undang-undang yang membenarkan hukuman mati terhadap pejuang kebebasan Palestin.
  • Kabinet keselamatan juga telah memutuskan beberapa siri langkah untuk ‘membanteras keganasan dan menetapkan tindakan pada pengganas dan penyokong mereka’. – Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu 
  • Langkah itu akan diambil untuk ‘memperkukuhkan penempatan’ sebagai tindak balas kepada serangan kumpulan pejuang.

 

AL-QUDS  – Menteri Keselamatan zionis Israel, Itamar Ben-Gvir mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan undang-undang yang membenarkan hukuman mati terhadap pejuang kebebasan Palestin.

Lapor berita antarabangsa, menteri itu berkata sedemikian selepas mesyuarat kabinet keselamatan diadakan Sabtu lalu.

Katanya, “Saya harap kita akan lulus dengan majoriti yang besar.”

Menurut Itamar, langkah kabinet keselamatan yang baru diumumkan adalah penting dan dia akan meneruskan usaha membuat lebih banyak keputusan untuk ‘memerangi keganasan’.

Lanjutan itu, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu juga mengatakan, kabinet keselamatan telah memutuskan beberapa siri langkah untuk ‘membanteras keganasan dan menetapkan tindakan pada pengganas dan penyokong mereka’.

Tambah Netanyahu, langkah akan diambil untuk ‘memperkukuhkan penempatan’ sebagai tindak balas kepada serangan kumpulan pejuang.

Terdahulu, Itamar telah memperkenalkan hukuman mati terhadap rakyat Palestin yang didapati bersalah membunuh warga Israel sebagai syarat untuk puaknya menyertai kerajaan Netanyahu.

 

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *