Connect with us

Antarabangsa

Puluhan ribu rakyat Israel bantah Netanyahu rombak sistem perundangan

Puluhan ribu rakyat Israel berhimpun di tiga bandar utama untuk membantah rancangan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, merombak sistem perundangan negara itu dengan mengurangkan kuasa Mahkamah Agung.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Puluhan ribu rakyat Israel bantah Netanyahu rombak sistem perundangan
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu
  • Puluhan ribu rakyat Israel berhimpun di tiga bandar utama membantah rancangan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, kerana ingin merombak sistem perundangan negara itu dengan mengurangkan kuasa Mahkamah Agung.
  • Bantahan yang dibuat Sabtu lalu di bandar Tel Aviv, Baitulmaqdis dan Haifa itu sebagai amaran awal terhadap Netanyahu.
  • Namun, Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir, mengarahkan polis mengambil tindakan tegas jika penunjuk perasaan menghalang jalan atau mempamerkan bendera Palestin.

TEL AVIV: Puluhan ribu rakyat Israel berhimpun di tiga bandar utama untuk membantah rancangan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, merombak sistem perundangan negara itu dengan mengurangkan kuasa Mahkamah Agung.

Menurut laporan Al Jazeera, bantahan yang dibuat Sabtu lalu di bandar Tel Aviv, Baitulmaqdis dan Haifa itu adalah sebagai amaran awal kepada Netanyahu.

Malah, Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir, mengarahkan polis mengambil tindakan tegas jika penunjuk perasaan menghalang jalan atau mempamerkan bendera Palestin.

Media Israel yang memetik kenyataan polis berkata, orang ramai di Dataran Habima, Tel Aviv meningkat kepada sekurang-kurangnya 80,000 orang, walaupun cuaca sejuk dan hujan.

Penunjuk perasaan berhaluan kiri kebanyakannya membawa payung dan memegang bendera serta sepanduk tertera kenyataan ‘kerajaan jenayah’, ‘berakhir demokrasi’ dan slogan lain.

Pada 5 Januari lalu, Menteri Keadilan Israel, Yariv Levin, membentangkan pindaan ‘fasal pengurangan’ di Parlimen Israel, yang membolehkan Parlimen membatalkan keputusan Mahkamah Agung dengan undi majoriti mudah.

Mahkamah Agung sebelum ini mempunyai kuasa untuk memansuhkan undang-undang yang dianggapnya bersifat diskriminasi, memandangkan Israel tidak mempunyai Perlembagaan.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, yang kembali berkuasa minggu lalu selepas pilihan raya November tahun lalu dan mengetuai kerajaan berhaluan paling kanan dalam sejarah negara itu, turut merancang untuk memperbaharui sistem kehakiman.

Rakaman media sosial turut menunjukkan sebilangan kecil bendera Palestin dipamerkan oleh warga Israel yang menyertai protes bermula Sabtu lalu.

“Mereka cuba memusnahkan dasar semak dan imbang demokrasi Israel. Ini tidak akan berjaya.

“Kami akan berjuang sehingga saat-saat akhir untuk menyelamatkan demokrasi Israel,” kata Asaf Steinberg, seorang penunjuk perasaan dari Herzliya di pinggir bandar Tel Aviv. – AGENSI

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *