Antarabangsa
Polis Scotland nafi ‘jenamakan semula’ istilah pedofilia
Polis Scotland menafikan dakwaan mereka cuba ‘menjenamakan semula’ pedofilia kerana menggunakan istilah Minor-Attracted People (orang yang tertarik dengan golongan minoriti) di dalam salah satu laporan mereka.
- Polis Scotland didakwa cuba ‘menjenamakan semula’ pedofilia kerana menggunakan istilah Minor-Attracted People (orang yang tertarik dengan golongan minoriti) di dalam salah satu laporan mereka.
- Mereka bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan berkata istilah itu dipetik daripada cadangan untuk projek perlindungan kanak-kanak baharu.
- “Polis Scotland tidak menggunakan istilah ‘Minor-Attracted Person’ untuk menggambarkan jenis pesalah itu dan sebarang cadangan sebaliknya tidak menggambarkan kedudukan kami sepenuhnya,” kata Ketua Perlindungan Awam Polis Scotland, Sam Faulds.
Polis Scotland menafikan dakwaan mereka cuba ‘menjenamakan semula’ pedofilia kerana menggunakan istilah Minor-Attracted People (orang yang tertarik dengan golongan minoriti) di dalam salah satu laporan mereka.
Memetik laporan The Irish Post, beberapa pihak menyuarakan kebimbangan mengenai istilah itu, termasuk Ahli Parlimen Scotland, Joanna Cherry dan Kenny McAskill, manakala kumpulan kempen Us For Them Scotland mendakwa ia boleh ‘menormalisasikan pedofilia’.
Polis Scotland berkata istilah itu dipetik daripada cadangan projek perlindungan kanak-kanak baharu dan mereka secara aktif menentang penggunaannya.
“Polis Scotland tidak menggunakan istilah ‘Minor-Attracted Person’ untuk menggambarkan jenis pesalah itu dan sebarang cadangan sebaliknya tidak menggambarkan kedudukan kami sepenuhnya,” kata Ketua Detektif Superintendan Sam Faulds selaku Ketua Perlindungan Awam untuk Polis Scotland.
Istilah itu muncul dalam laporan tentang bagaimana Polis Scotland melaksanakan piawaian perkhidmatan untuk mangsa dan saksi sepanjang 2021/22.
Ia mendedahkan bagaimana organisasi itu menyokong projek Eropah yang bertujuan ‘membangun pemahaman dan pendekatan untuk mengelakkan penganiayaan kanak-kanak dengan melibatkan Minor-Attracted People (MAP)’.
Penggunaan istilah itu mencetuskan kritikan di media dan di atas talian, namun pihak berkuasa berkata istilah itu ‘tidak boleh diterima sepenuhnya’.
“Kami mengutuk sepenuhnya sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, sama ada individu atau rangkaian pedofil yang dianjurkan dan kami bekerja tanpa jemu untuk membawa mereka ke muka pengadilan,” kata Ketua Detektif Superintendan Sam Faulds.
Sumber: The Irish Post