Connect with us

Antarabangsa

Pengurus besar pertubuhan perlindungan kanak-kanak seorang pedofilia

Seorang kakitangan pertubuhan amal perlindungan kanak-kanak, Prostasia, dalam akaun samarannya mengaku sebagai pedofilia dan melakukan onani ketika melihat gambar kanak-kanak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

pengurus-besar-pertubuhan-perlindungan-kanak-kanak-seorang-pedofilia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengurus besar Prostasia, Prescott Bayern didapati mengaku sebagai pedofilia menerusi akaun samaran bernama ‘Larry’ di ruangan forum atas talian pertubuhan itu.
  • Dia turut menyokong idea yang bahan animasi dan foto seksual kanak-kanak sepatutnya boleh didapati secara ‘sah’ kerana perbuatan melihat bahan-bahan itu tidak sama dengan mendera seksual kanak-kanak secara fizikal.
  • Prostasia dijenamakan sebagai badan perlindungan kanak-kanak dari penderaan seksual, namun usahanya selama ini dilihat bertentangan dengan agenda itu.

Seorang kakitangan pertubuhan amal perlindungan kanak-kanak, Prostasia, dalam akaun samarannya mengaku sebagai pedofilia dan melakukan onani ketika melihat gambar kanak-kanak.

Memetik laporan Reduxx, pemilik di sebalik akaun yang aktif membuat hantaran di ruangan forum atas talian pertubuhan itu ialah pengurus besarnya, Prescott Bayern.

Walaupun menggelarkan dirinya sebagai ‘Prescott’ di halaman pasukan Prostasia, nama penuh sebenarnya ialah Lawrence P. Bayern. Dia menggunakan akaun dengan nama ‘Larry’ di ruangan forum itu.

Menerusi akaun itu, melibatkan diri dalam perbincangan mengenai ‘tarikan terhadap golongan bawah umur’.

Dia juga aktif memberi komen pada hantaran tertentu. Contohnya di hantaran artikel bertajuk ‘3 langkah mudah mengurangkan (penderaan seks kanak-kanak)’, dia menyokong pendapat untuk memberikan patung seks kepada kanak-kanak.

Dalam satu perbincangan forum pada Oktober 2021, Bayern mendakwa hidup bersama seorang isteri yang tidak mengetahui tentang tarikan seksualnya kepada kanak-kanak selama empat dekad.

“Saya membaca cerita, saya melihat gambar bogel kanak-kanak, saya berkhayal tentang perkara yang saya tidak boleh miliki. Saya juga membeli anak patung. Perkara itu memberi nikmat kepada saya. Si bodoh itu (isteri) tidak memberi nikmat yang saya perlukan dan saya tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya”.

Dalam perbincangan lain, Bayern mendakwa gemar melihat kanak-kanak sebagai bahan beronani.

Dia juga menyokong idea yang bahan animasi dan foto seksual kanak-kanak sepatutnya boleh didapati secara ‘sah’ kerana perbuatan melihat bahan-bahan itu tidak sama dengan mendera seksual kanak-kanak secara fizikal.

“Bagaimana sesiapa tahu jika saya ‘memuaskan nafsu’? Kita mempunyai terlalu banyak undang-undang bodoh, tidak boleh dikuatkuasakan, dan tidak perlu pada buku sekarang. Jangan buang masa untuk lebih banyak undang-undang sedemikian”.

Ditubuhkan pada 2018, Prostasia menjenamakan dirinya sebagai ‘organisasi perlindungan kanak-kanak’ yang berusaha untuk mencegah penderaan seksual kanak-kanak melalui ‘bukti’ dan bukannya ‘emosi’.

Namun usaha badan itu dilihat bertentangan dengan jenama mereka apabila mereka lebih lantang memerangi larangan pornografi kanak-kanak, berkempen menulis surat kepada wakil negeri menuntut membenarkan patung seks kepada kanak-kanak dan mengutuk sentimen anti-pedofilia.

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *