Terkini
Pemandu mabuk meningkat lapan kali ganda, kerajaan digesa haramkan jualan arak di Malaysia
Cadangan kerajaan mengharamkan penjualan arak di semua premis runcit 24 jam selepas 10 malam menyebabkan berlakunya perdebatan di antara netizen di Twitter.
- Cadangan kerajaan mengharamkan penjualan arak di semua premis runcit 24 jam selepas 10 malam menyebabkan berlakunya perdebatan di antara netizen di Twitter.
- Pemilik akaun Twitter, Ritze Zephro menulis ciapan, “Saya sokong.….. Kerajaan sekarang perlu laksana hadkan pembelian ala QR code. Sekarang banyak pemandu mabuk dan peminum bawah umur termasuk golongan muslim.”
- “Tapi jualan sebelum pukul 10 pun Ramesh orang boleh beli sebelum waktu itu dah minum dan mabuk tengah malam. Yang perlu kita halang pemandu mabuk dan orang mabuk di kawasan rumah. Kena cuba cari solusi yang baik untuk masalah tu,” ciap pemilik akaun Twitter, Mash.
KUALA LUMPUR – Cadangan kerajaan mengharamkan penjualan arak di semua premis runcit 24 jam selepas 10 malam menyebabkan berlakunya perdebatan di antara netizen di Twitter.
Ini berikutan, ada di antara mereka yang menyokong namun ada juga yang menganggap cadangan itu tidak bernas.
Pada 7 Januari lalu, Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao Krishnan Naidu mengeluarkan cadangan tersebut berikutan katanya, pengambilan arak selepas waktu larut malam biasanya akan berlebihan sekali gus menyebabkan risiko berlaku kemalangan jalan raya, pergaduhan dan jenayah.
Menurut netizen yang menyokong, cadangan itu dilihat satu permulaan baik bagi mendidik masyarakat dan mengawal pengambilan minuman keras berlebihan sehingga boleh menyebabkan berlaku permasalahan pemandu mabuk dan sebagainya.
Pemilik akaun Twitter, Ritze Zephro menulis ciapan, “Saya sokong.….. Kerajaan sekarang perlu laksana hadkan pembelian ala QR code. Sekarang banyak pemandu mabuk dan peminum bawah umur termasuk golongan muslim.”
“Untuk permulaan, ya. Semua outlets perlu ditutup selepas 10 malam. Tolong jaga keselamatan anak-anak kita di rumah. Semua parti-parti peribadi kat condo-condo perlu permit polis,” ciap pemilik akaun Twitter, Bad_Apple di ruangan komen.
“Baru la rasa Ramesh ini memang ada otak orangnya. Tapi jualan sebelum pukul 10 pun Mesh orang boleh beli sebelum waktu itu dah minum dan mabuk tengah malam.
“Yang perlu kita halang pemandu mabuk dan orang mabuk di kawasan rumah. Kena cuba cari solusi yang baik untuk masalah tu,” ciap pemilik akaun Twitter, Mash di ruangan komen yang juga tidak dapat menafikan cadangan itu bukanlah penyelesaian terbaik.
Berikutan itu, mereka yang menolak cadangan itu menegaskan arak perlu diharamkan dan disekat terus di Malaysia serta hukuman ke atas pemandu mabuk wajar dipertingkatkan lagi.
Antara ciapan mereka yang menolak cadangan tersebut;
Pada November tahun 2021, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menetapkan semua pemborong dan peruncit minuman keras di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanya dibenarkan menjual bahan itu bermula dari pukul 7 pagi sehingga pukul 9 malam.
Sementara, bagi premis dikategorikan sebagai Rumah Awam Kelas 1 (Pub/Bar/Lounge/ Restoran) kebenaran diberikan bermula dari pukul 10 pagi sehingga pukul 12 tengah malam.
Dalam pada itu, menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), pemandu di bawah pengaruh alkohol adalah 13 kali lebih berisiko menyebabkan kemalangan berbanding pemandu yang bebas daripada pengaruh alkohol.
Ketua Pengarah Miros, Dr Khairil Anwar Abu Kassim, berkata statistik Polis Diraja Malaysia pada 2017 dan 2018 masing-masing menunjukkan sejumlah 212 dan 191 kes kemalangan jalan raya serta disahkan positif alkohol dan kedua-duanya merekodkan 58 dan 54 kematian iaitu 0.9 peratus daripada keseluruhan statistik kematian jalan raya.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh pada tahun lalu, mendedahkan jumlah pemandu mabuk meningkat lapan kali ganda dalam tempoh empat bulan selepas tahun 2021.
Ini berikutan, bagi tempoh Januari hingga April 2022 sahaja, seramai 759 individu ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi yang dijalankan di sekitar ibu negara. – The Merdeka Times