Terkini
Malaysia bimbang peningkatan insiden keganasan di Baitulmaqdis
Malaysia bimbang terhadap peningkatan insiden keganasan di Baitulmaqdis Timur yang menyaksikan banyak nyawa terkorban dan ramai lagi cedera.
- Kementerian Luar (Wisma Putra) melalui satu kenyataan menyatakan Malaysia sentiasa menentang sebarang tindakan permusuhan menyasarkan orang awam dan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan orang awam.
- “Ketegangan yang berlaku di Baitulmaqdis Timur secara langsung berpunca daripada pendudukan haram Israel yang berterusan dan dasar apartheid penjajah, pencemaran Al-Aqsa serta pencerobohan dan provokasi berterusan terhadap Palestin.
- Malaysia juga gesa sekatan sepenuhnya dilaksanakan dan menegaskan perlu ada usaha mengurangkan ketegangan rejim Israel segera hentikan provokasi dan tindakan unilateral demi kepentingan keamanan dan keselamatan.
PUTRAJAYA, 30 Jan (Bernama) — Malaysia bimbang terhadap peningkatan insiden keganasan di Baitulmaqdis Timur yang menyaksikan banyak nyawa terkorban dan ramai lagi cedera.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan menyatakan Malaysia sentiasa menentang sebarang tindakan permusuhan yang menyasarkan orang awam dan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan orang awam.
“Ketegangan yang sedang berlaku di Baitulmaqdis Timur secara langsung berpunca daripada pendudukan haram Israel yang berterusan dan dasar apartheid penjajah, pencemaran Al-Aqsa serta pencerobohan dan provokasi berterusan terhadap Palestin.
“Pendudukan mesti ditamatkan untuk mengelak kitaran keganasan,” menurut kenyataan itu.
Malaysia menggesa sekatan sepenuhnya dilaksanakan sambil menegaskan perlunya usaha untuk mengurangkan ketegangan dengan rejim Israel segera menghentikan provokasi dan tindakan unilateral demi kepentingan keamanan dan keselamatan.
“Malaysia berpegang teguh dengan pendiriannya bahawa rakyat Palestin berhak mempunyai negara merdeka mereka sendiri berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara,” menurut kenyataan itu. — BERNAMA
Sumber: Bernama