Antarabangsa
Lelaki tukar jantina untuk dapat hak jagaan anak
Seorang lelaki di Ecuador mencetuskan kontroversi selepas menukar jantinanya secara sah kepada’ wanita’, bagi mendapatkan hak jagaan terhadap dua anak perempuannya.
- Seorang lelaki di Ecuador cetuskan kontroversi selepas tukar jantina secara sah kepada’ wanita’, bagi dapatkan hak jagaan terhadap dua anak perempuannya.
- Rene Salinas Ramos terpaksa melakukannya kerana berdepan prosiding undang-undang untuk tuntut hak penjagaan kanak-kanak perempuan yang kini tinggal bersama bekas isteri. – Oddity Central
- Ramos mendakwa tindakannya itu tiada kaitan dengan seksualiti atau identiti jantinanya.
- Beliau mendakwa tidak berjumpa dengan anak sulungnya berusia setahun setengah, manakala seorang lagi jadi mangsa penderaan fizikal.
Quito: Seorang lelaki di Ecuador mencetuskan kontroversi selepas menukar jantinanya secara sah kepada’ wanita’, bagi mendapatkan hak jagaan terhadap dua anak perempuannya.
Oddity Central melaporkan, Rene Salinas Ramos terpaksa melakukannya kerana berdepan prosiding undang-undang untuk menuntut hak penjagaan kanak-kanak perempuan yang kini tinggal bersama bekas isteri.
Menyedari sistem perundangan Ecuador yang mengutamakan hak ibu tanpa mengira keadaan, Ramos memutuskan untuk menukar jantina.
Ramos mendakwa bahawa tindakannya itu tiada kaitan dengan seksualiti atau identiti jantinanya.
Lelaki itu, baru-baru ini, memberitahu media Ecuador bahawa dia tidak berjumpa dengan anaknya sulungnya yang berusia setahun setengah, manakala seorang lagi menjadi mangsa penderaan fizikal.
Bagaimanapun, selepas mengemukakan hujahnya kepada pihak berkaitan, beliau diberitahu anaknya perlu tinggal bersama ibu mereka sehingga perkara itu diselesaikan.
Jadi, dia memutuskan untuk menjadi ‘ibu’.
“Kini saya juga seorang ibu… Saya sangat yakin dengan jantina saya.
“Apa yang saya mahu adalah untuk memberikan kasih sayang dan perlindungan yang boleh diberikan oleh seorang ibu kepada anak-anaknya,” kata Rene kepada akhbar, La Voz del Tomebamba.
Minggu lalu, Ramos pergi ke Pejabat Pendaftaran Awam Azuay untuk menukar jantina pada kad pengenalannya, dan tidak mengambil masa lama untuk membuat perubahan itu menjadi rasmi.
Sumber: Harian Metro