Connect with us

Terkini

Kumpulan advokasi tolak larangan pemberian ubat PrEP percuma kepada pasangan LGBT

Sebuah kumpulan advokasi yang mendukung kesetaraan gender menolak pandangan Jabatan Mufti Selangor yang melarang pemberian ubat PrEP.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kumpulan advokasi tolak larangan pemberian ubat PrEP percuma kepada pasangan LGBT
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Melarang pemberian PrEP kepada golongan LGBT atas alasan moral adalah tidak dapat diterima. – Saksi, inisiatif di bawah inisiatif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO)
  • “Jika menafikan insulin terhadap pesakit kencing manis dianggap kejam bagi kamu, maka menafikan PrEP kepada golongan LGBT juga patut diberikan respon sama.” – Saksi
  • Pengambilan atau pemberian PrEP diharuskan kepada pasangan suami isteri yang salah seorang daripada mereka dijangkiti HIV.  – Jabatan Mufti Selangor
  • Penularan utama HIV di Malaysia ialah melalui jangkitan seksual, kebanyakannya terdiri dari hubungan seks sesama lelaki.

Sebuah kumpulan advokasi yang mendukung kesetaraan gender menolak pandangan Jabatan Mufti Selangor yang melarang pemberian ubat profilaksis prapendedahan (PrEP) untuk mencegah HIV kepada pasangan homoseksual.

Saksi, sebuah inisiatif Pertubuhan Pertolongan Wanita atau WAO,  berkata melarang pemberian PrEP kepada golongan LGBT atas alasan moral tidak dapat diterima.

“Jika menafikan insulin terhadap pesakit kencing manis dianggap kejam bagi kamu, maka menafikan PrEP kepada golongan LGBT juga patut diberikan respon sama.

“Tiada tempat untuk sikap diskriminasi dalam sistem kesihatan kita,” kata Saksi di Twitter.

Menjawab soalan di laman webnya, Jabatan Mufti Selangor berkata pengambilan atau pemberian PrEP diharuskan kepada pasangan suami isteri yang salah seorang daripada mereka dijangkiti HIV.

“Adapun pemberian kepada mereka yang diketahui mengamalkan cara hidup homoseksual adalah dilarang kerana ia dianggap sebagai bersubahat di dalam perkara dosa dan kemaksiatan,” kata jabatan itu.

Jabatan itu mengulas soalan berkaitan hukum pengamal perubatan memberikan ubat PREP kepada individu yang mengamalkan homoseksual.

Penyoal juga mendakwa kajian menunjukkan tingkah laku homoseksual tetap tinggi dan makin meningkat dengan penggunaan PREP.

Kementerian Kesihatan (KKM) pada pada Hari Aids Sedunia pada 1 Disember lalu mengumumkan akan memperluaskan penyediaan PrEP di Klinik Kesihatan mulai tahun ini.

Menegaskan pakar-pakar Islam telah dirujuk, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata program rintis itu untuk menguji sama ada langkah itu boleh mengurangkan jangkitan HIV.

Penularan utama HIV di Malaysia ialah melalui jangkitan seksual, kebanyakannya terdiri daripada hubungan seks sesama lelaki.

Sumber: Malaysiakini

 

 

 

Author