Terkini
KBS dan KPM tidak kompromi, jurulatih bola tampar tetap dihukum
Lesen jurulatih yang menampar dua orang pemainnya semasa Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor, yang tular di media sosial baru-baru ini dibatalkan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA).

- KBS dan KPM senada dengan keputusan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) yang mahu membatalkan lesen jurulatih yang menampar dua orang pemainnya semasa Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor yang tular di media sosial baru-baru ini.
- Menteri KBS, Hannah Yeoh menegaskan kementeriannya tidak akan sesekali berkompromi mengenai insiden terbabit.
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata siasatan oleh KPM berkaitan insiden tersebut selesai dijalankan.
- Bapa kedua-dua pemain bola tampar itu bersepakat memaafkan jurulatih berkenaan yang juga seorang guru.
- KPM dan KBS bagaimanapun tetap bertegas mengenakan tindakan membatalkan lesen jurulatih itu melalui Jawatankuasa Perundangan dan Disiplin MAVA.
PUTRAJAYA – Lesen jurulatih yang menampar dua orang pemainnya semasa Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor, yang tular di media sosial baru-baru ini dibatalkan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA).
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan (KPM) senada dengan keputusan itu ketika kedua-dua ibu bapa pelajar terbabit memaafkan guru berkenaan.
Menteri KBS, Hannah Yeoh menegaskan kementeriannya tidak akan sesekali berkompromi mengenai insiden terbabit.
“Sebagai langkah awal, jurulatih sukan itu yang juga merupakan seorang guru tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih sukan tersebut termasuk menjadi jurulatih untuk murid sekolah,” katanya dalam satu Sidang Media di Cafe Bike and Beans di sini hari ini.
Hannah berkata jurulatih itu ditarik balik Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1 (Sukan Spesifik) oleh MAVA.
“Bahkan (beliau) belum pernah membuat permohonan lesen kejurulatihan Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) sebagai pengiktirafan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) seperti yang dipersetujui bersama antara Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) Institut Sukan Negara dengan persatuan-persatuan sukan kebangsaan,” katanya.
Hukuman itu bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan atlet-atlet dalam kalangan murid sekolah terpelihara.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pula berkata siasatan KPM berkaitan insiden itu selesai dijalankan.
Katanya, ia melibatkan semua pihak yang berkaitan, termasuk jurulatih, murid, rakan sepasukan, guru, pengurus pasukan, saksi kejadian serta ibu bapa pemain yang terlibat secara menyeluruh.
“KPM juga meneliti secara terperinci hasil laporan siasatan tersebut daripada pelbagai sudut, khususnya yang melibatkan etika serta imej profesion perguruan.
“Guru yang juga merupakan penjawat awam adalah tertakluk kepada Peraturan 4(2)(d), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya.
Bapa kedua-dua pemain bola tampar berkenaan bersepakat untuk memaafkan jurulatih yang menampar anak mereka walaupun tidak dinafikan berasa sedih ketika menyaksikan insiden itu berlaku.
KPM dan KBS bagaimanapun tetap bertegas mengenakan tindakan membatalkan lesen jurulatih itu melalui Jawatankuasa Perundangan dan Disiplin MAVA. – The Merdeka Times
Terkini
Umat Islam boleh hadir perayaan bukan Islam tetapi haram terlibat upacara agama – Fatwa Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan fatwa kerajaan negeri garis panduan umat Islam hadiri perayaan bukan Islam bermula minggu depan.
- Masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual amalan agama tersebut.
- “Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.”
- “Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain”. – Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.
JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, berdasarkan fatwa itu nanti masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis keraian sesuatu perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual yang berkait dengan amalan agama tersebut.
“Menurut sebilangan ulama, hukum meraikan undangan ke majlis perayaan bukan Islam adalah harus dan dibenarkan, contohnya majlis terbuka atau majlis makan malam dan seumpamanya.
“Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.
“Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar pada Khamis.
Turut hadir Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Baharin Jalal.
Beliau berkata, umat Islam yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.
Menurutnya, empat garis panduan tersebut adalah perkara, perbuatan atau perkataan yang bertentangan dengan akidah Islam; bertentangan dengan syarak; bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya serta menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.
Sumber: Sinar Harian
-
Terkini2 days ago
Pemandu mabuk: Peguam tidak setuju, nyawa dibalas nyawa
-
Terkini2 days ago
Edar sejuta al-Quran, PM dikritik mahu tunjuk lebih ‘Islam’ dari PAS
-
Terkini3 days ago
Pemandu mabuk, netizen tuntut nyawa dibayar nyawa
-
Terkini2 days ago
Kali ini Ustaz Abdullah Khairi pula dakwa ‘digam’ Forum Perdana Ehwal Islam