Connect with us

Antarabangsa

Iran arah polis hukum wanita tidak memakai hijab

Badan kehakiman Iran telah mengarahkan polis untuk “menghukum dengan tegas” orang yang melanggar undang-undang hijab negara itu, lapor agensi berita pada Selasa, selepas hampir empat bulan bantahan terhadap langkah itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Badan kehakiman Iran mengarahkan polis “menghukum dengan tegas” individu melanggar undang-undang hijab negara itu.
  • Ketua Pendakwa raya berkata, mahkamah harus menjatuhkan hukuman kepada pesalah, mendenda dengan penalti tambahan seperti buang negeri, larangan mengamalkan profesion tertentu dan menutup tempat kerja tersebut.
  • Badan kehakiman menutup beberapa kafe dan restoran kerana melayani wanita tidak mengenakan hijab.

 

Tehran: Badan kehakiman Iran telah mengarahkan polis untuk “menghukum dengan tegas” orang yang melanggar undang-undang hijab negara itu, lapor agensi berita pada Selasa, selepas hampir empat bulan bantahan terhadap langkah itu.

Demonstrasi telah melanda Iran sejak kematian 16 September dalam tahanan Mahsa Amini, seorang etnik Kurd berusia 22 tahun, selepas penahanannya di Tehran kerana didakwa gagal mematuhi undang-undang.

Sejak tercetusnya protes, unit polis moral yang didakwa melaksanakan peraturan hijab kurang kelihatan dan golongan wanita telah mengadakan protes tanpa bertudung.

Tetapi pihak berkuasa memberi isyarat kurang toleransi sejak awal tahun, dengan polis memberi amaran bahawa wanita mesti memakai tudung walaupun di dalam kereta.

Pada Selasa, agensi berita Mehr melaporkan bahawa ketua pendakwa raya telah mengeluarkan arahan di mana “polis diarahkan untuk menghukum dengan tegas sebarang pelanggaran hijab”.

“Mahkamah mesti menjatuhkan hukuman kepada pesalah, serta mendenda mereka, dengan penalti tambahan seperti buang negeri, larangan mengamalkan profesion tertentu dan menutup tempat kerja,” katanya memetik badan kehakiman.

Iran telah menghukum mati empat orang atas protes yang dicetuskan oleh kematian Amini dalam tahanan polis moral.

Seramai 13 lagi telah dijatuhi hukuman mati, dan enam telah diberikan perbicaraan semula.

Pihak berkuasa berkata beratus-ratus orang, termasuk anggota keselamatan, telah terbunuh dan beribu-ribu ditangkap berkaitan dengan protes, yang secara umumnya mereka sifatkan sebagai “rusuhan”.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini badan kehakiman telah menutup beberapa kafe dan restoran kerana melayani wanita tidak mengenakan hijab.

 

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *