Terkini
Hapuskan Islamofobia elak Islam dihina – Ahmad Marzuk
Menghapuskan Islamofobia antara usaha yang dapat mengurangkan penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia.
- Tindakan itu berlaku kerana beberapa negara besar Islam masih lagi dipecah dan perintah oleh ideologi barat. – Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaari
- Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sepatutnya sudah bersatu dan mempunyai ikatan kukuh dalam konteks ekonomi dan ketenteraan supaya negara barat lebih gerun untuk hina Islam.
- “Kita hormati perkara dalam agama termasuk tidak hina nabi, al-Quran atau lakukan provokasi sehingga bangkitkan kemarahan.”
- “Bagaimanapun ada dalam kalangan ahli politik jadikan undang-undang atau akta berkaitan Islam sebagai peluang ‘mencucuk’ orang bukan Islam takut kepada agama ini,” katanya.
KOTA BHARU – Menghapuskan Islamofobia antara usaha yang dapat mengurangkan penghinaan terhadap umat Islam di seluruh dunia.
Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaari berkata, tindakan itu berlaku kerana beberapa negara besar Islam masih lagi dipecah dan perintah oleh ideologi barat.
Menurut beliau, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sepatutnya sudah bersatu dan mempunyai ikatan kukuh dalam konteks ekonomi dan ketenteraan supaya negara barat lebih gerun untuk menghina Islam.
“Bagaimanapun ada dalam kalangan ahli politik yang menjadikan undang-undang atau akta berkaitan Islam sebagai peluang ‘mencucuk’ orang bukan Islam takut kepada agama ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai bantahan terhadap isu menghina Islam dan membakar al-Quran oleh ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan pada Jumaat.
Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa memberitahu, umat Islam hidup dengan aman di dunia dan tidak menyentuh sensitiviti agama lain.
“Kita hormati perkara dalam agama termasuk tidak menghina nabi, al-Quran atau melakukan provokasi sehingga membangkitkan kemarahan.
“Bagaimanapun sebagai umat Islam, kita sedia mempertahankan agama dan sanggup mati kerana itu juga sebahagian daripada tuntutan agama,” katanya.
Ahmad Marzuk sebelum itu menyampaikan ceramah agama mingguan di Dataran Mara di sini.
Beliau berharap tidak berlaku penghinaan dan cacian kepada perkara berkaitan agama di negara ini sehingga boleh mencetuskan kemarahan umat Islam.
Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Sweden perlu mengambil tindakan tegas menangani peningkatan membimbangkan Islamofobia di negara berkenaan.
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya sikap Islamofobia Ketua Stam Kurs itu yang membakar al-Quran di Stockholm minggu lalu.
Paludan yang berada di bawah perlindungan polis diberi kebenaran membakar kitab suci itu di hadapan Kedutaan Turki sebagai tanda protesnya kepada negara Islam dan imigran.
Sumber: Sinar Harian
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times