Connect with us

Terkini

Bayi didera retak tempurung kepala, Terengganu arah taska ditutup sementara

Kerajaan Negeri Terengganu mengambil tindakan tegas dengan menutup sementara sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) yang terlibat dalam kes dera seorang bayi lelaki.

Wartawan TMT

Published

on

Bayi didera retak tempurung kepala, Terengganu arah taska ditutup sementara
Foto: Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Hanafiah Mat
  • Kerajaan Negeri Terengganu mengambil tindakan tegas dengan menutup sementara sebuah taska yang terlibat dalam kes dera seorang bayi lelaki.
  • Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, taska berkenaan ditutup pada 5 Januari lalu. Pihaknya memandang serius isu berkenaan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terlibat.
  • “Sehingga tamat perbicaraan, baru dia boleh buka semula. Selagi tak jatuh hukum, tak boleh buka,” katanya.

 

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu mengambil tindakan tegas dengan menutup sementara sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) yang terlibat dalam kes dera seorang bayi lelaki.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, taska berkenaan ditutup bermula 5 Januari lalu.

Katanya, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan tidak akan berkrompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat.

“Selepas kejadian itu kita arahkan kepada tuan punya taska supaya tutup sementara. Kelmarin kita sudah hantar surat kepada Ketua Pengarah JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) Pusat supaya mengeluarkan surat amaran bagi penutupan sementara.

“Sehingga tamat perbicaraan, baru dia boleh buka semula. Selagi tak jatuh hukum, tak boleh buka,” katanya.

Justeru itu Hanafiah meminta semua pemilik taska agar meneliti kamera litar tertutup (CCTV) setiap hari bagi memantau pekerja mereka melakukan tugasan dan tidak hanya mendengar laporan daripada pengasuh semata-mata.

Advertisement

Awal bulan ini, media melaporkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan koma selepas dipercayai didera pengasuh dalam kejadian di sebuah taska di daerah Kuala Terengganu.

Bayi malang itu mengalami pendarahan dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala.

Susulan kejadian itu seorang pengasuh taska berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Ahad atas tujuh pertuduhan mendera bayi berusia empat bulan sehingga koma.

 

Sumber: Astro Awani

Advertisement

Terkini

Umat Islam boleh hadir perayaan bukan Islam tetapi haram terlibat upacara agama – Fatwa Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid
  • Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan fatwa kerajaan negeri garis panduan umat Islam hadiri perayaan bukan Islam bermula minggu depan.
  • Masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual amalan agama tersebut.
  • “Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.” 
  • “Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain”. – Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.

 

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan kerajaan negeri memfatwakan garis panduan buat umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam bermula minggu depan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, berdasarkan fatwa itu nanti masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis keraian sesuatu perayaan bukan Islam, namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual yang berkait dengan amalan agama tersebut.

“Menurut sebilangan ulama, hukum meraikan undangan ke majlis perayaan bukan Islam adalah harus dan dibenarkan, contohnya majlis terbuka atau majlis makan malam dan seumpamanya.

“Dalam konteks berkenaan, penganjur majlis perayaan bukan Islam haruslah peka dan memastikan sensitiviti umat Islam dihormati selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan agama rasmi Johor.

“Bagaimanapun, masyarakat Islam telah diharam dan dilarang daripada menyertai upacara ritual perayaan bukan Islam termasuklah di rumah ibadat agama berkenaan atau di tempat-tempat lain,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar pada Khamis.

Turut hadir Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Baharin Jalal.

Advertisement

Beliau berkata, umat Islam yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Menurutnya, empat garis panduan tersebut adalah perkara, perbuatan atau perkataan yang bertentangan dengan akidah Islam; bertentangan dengan syarak; bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya serta menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

 

Sumber: Sinar Harian

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending