Connect with us

Terkini

Tindakan Taliban cetus salah faham, Islamofobia ke atas Islam – Zulkifli

Ahli Dewan Negara, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri meluahkan kekesalan tindakan keras Taliban mengharamkan wanita belajar di universiti Afghanistan.

Wartawan TMT

Published

on

Tindakan Taliban cetus salah faham, Islamofobia ke atas Islam - Zulkifli
Foto: Ahli Dewan Negara, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
  • Ahli Dewan Negara, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri meluahkan kekesalan tindakan Taliban mengharamkan wanita belajar di universiti Afghanistan.
  • Beliau menyifatkan langkah itu tidak memihak kepada Islam malah mewujudkan salah faham dan Islamofobia serta mengundang prasangka bukan Muslim mengenai ajaran Islam sebenar.
  • Tindakan itu juga mencetuskan lebih prejudis, ketakutan dan kebencian terhadap golongan Muslim dan Islam serta bercanggah dengan prinsip Islam untuk wanita menuntut ilmu, katanya.
  • Zulkifli turut menggesa agar pihak berkuasa Taliban mempertimbangkan balik keputusan drastik diputuskan kerana bagi beliau, mencari ilmu lebih layak untuk diikuti. 

 

PUTRAJAYA: Ahli Dewan Negara, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri meluahkan kekesalan tindakan keras Taliban mengharamkan wanita belajar di universiti Afghanistan.

Beliau yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu menyifatkan langkah ekstrem rejim tersebut bakal mengundang prasangka bukan Muslim mengenai ajaran Islam sebenar.

“Apa yang dibuat itu sama sekali tidak memihak kepada Islam malah mewujudkan banyak salah faham dan Islamofobia,” jelas beliau menerusi hantaran dalam akaun sosialnya.

Semalam, Menteri Pendidikan Tinggi Taliban, Nida Mohammad Nadim dalam sesi interviu stesen televisyen awam Afghanistan tetap bertegas mempertahankan arahan baharu itu.

Malah beliau dengan angkuh menolak semua kecaman komuniti antarabangsa termasuk pelbagai negara Islam yang kesal larangan itu hanya kerana tidak akur etika pemakaian.

Taliban menguasai Afghanistan sejak 15 Ogos 2021 susulan tentera Amerika Syarikat keluar dari negara itu dan pengunduran Presiden Ashraf Ghani yang melarikan diri dari Kabul.

Pengerusi Majlis Hukama Muslimin, Prof. Dr. Ahmed Al-Tayeb yang juga ialah Syeikh Universiti Al-Azhar di Mesir turut mengutuk usaha itu sebagai mencabuli hak asasi wanita.

Mengulas lanjut, Zulkifli yang turut pernah berkhidmat sebagai Menteri Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama berkata, tindakan Taliban itu dibimbangi membawa imej negatif.

“Ia akan mencetuskan lebih prejudis, ketakutan dan kebencian terhadap golongan Muslim dan Islam serta bercanggah dengan prinsip Islam untuk wanita menuntut ilmu,” jelasnya.

Beliau merujuk beberapa hadis Rasulullah SAW sendiri mengenai isu itu dan menambah, cendekiawan Muslimah banyak memainkan peranan penting dalam sejarah awal Islam.

Antaranya Aishah Abu Bakar, Ummu Salamah Abu Umayyah dan Hafsah Umar yang juga menjadi rujukan pelbagai hukum agama kepada ramai sahabat Nabi Muhammad SAW.

Bahkan Allah sendiri tidak pernah pun mewujudkan diskriminasi untuk wanita Islam dapat belajar sehingga ke peringkat pengajian tinggi kerana menuntut ilmu itu adalah kewajipan.

Sehubungan itu, Zulkifli menggesa agar pihak berkuasa Taliban mempertimbangkan balik keputusan drastik diputuskan kerana bagi beliau, mencari ilmu lebih layak untuk diikuti. 

 

Sumber: Utusan malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending