Connect with us

Antarabangsa

Qatar hantar pulang penyokong LGBT

Seorang peminat bola sepak dari Itali yang menyerbu padang dengan mengibarkan bendera pelangi ketika perlawanan antara Portugal dengan Uruguay, dihantar pulang ke negara asalnya sekali gus mengakhiri pengalamannya pada Piala Dunia Qatar 2022.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Qatar hantar pulang penyokong LGBT
Foto: Mario Ferri
  • Seorang peminat bola sepak Itali menyerbu padang dengan mengibarkan bendera pelangi ketika perlawanan Portugal dan Uruguay, dihantar pulang ke negara asal dan mengakhiri pengalamannya pada Piala Dunia Qatar 2022.
  • “Penahanan singkat di tempat yang tidak didedahkan” peminat bernama Mario Ferri itu “dibebaskan oleh pihak berkuasa tanpa sebarang syarat”. – Pihak berkuasa tempatan
  • Pada Piala Dunia 2014 Brazil, dia menyerbu padang ketika pertembungan Belgium-Amerika Syarikat memakai baju-T bertulis “Selamatkan anak-anak favela” dan “Ciro Vive”.
  • Selain menunjukkan sokongan kepada komuniti LGBT, dia juga menggesa pencerobohan Russia di Ukraine dihentikan.
  • FIFA mengharamkan lilitan lengan kapten pelangi dan bendera hak asasi manusia di tempat duduk.

 

DOHA: Seorang peminat bola sepak dari Itali yang menyerbu padang dengan mengibarkan bendera pelangi ketika perlawanan antara Portugal dengan Uruguay, dihantar pulang ke negara asalnya sekali gus mengakhiri pengalamannya pada Piala Dunia Qatar 2022.

Pihak berkuasa tempatan pada mulanya berkata selepas “penahanan singkat di tempat yang tidak didedahkan” peminat bernama Mario Ferri itu “dibebaskan oleh pihak berkuasa tanpa sebarang syarat”.

Ferri, yang digelar ‘The Hawk’, terkenal dengan tingkah laku sebegitu.

Pada Piala Dunia 2014 di Brazil, dia menyerbu padang ketika pertembungan Belgium-Amerika Syarikat memakai baju-T yang bertulis “Selamatkan anak-anak favela” dan “Ciro Vive”, sebagai penghormatan kepada peminat Napoli yang meninggal dunia tidak lama sebelum itu.

Kini, selain menunjukkan sokongan kepada komuniti LGBT, dia juga menggesa pencerobohan Russia di Ukraine dihentikan.

“FIFA mengharamkan lilitan lengan kapten pelangi dan bendera hak asasi manusia di tempat duduk, mereka menyekat setiap orang, tetapi tidak saya. Saya seperti Robin Hood,” katanya.

Bagaimanapun bagi peminat Amerika Syarikat yang memakai lilitan pelangi dan diusir dari perlawanan AS-Iran, tiada kemas kini mengenai statusnya. – AGENSI

 

Sumber: Berita Harian

Author