Connect with us

Terkini

Profesor dakwa Muslim bodoh ikut mufti – Peguam

Semua Muslim yang mengikut ajaran Islam merujuk kepada fatwa yang diputuskan mufti-mufti di seluruh negara disifatkan sebagai “bodoh”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Profesor dakwa Muslim bodoh ikut mufti - Peguam
Foto: Lukman Sheriff Alias (kiri), dan tangkap layar kenyataan Profesor Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi.
  • Profesor ‘kangkung’ mendakwa Muslim yang mengikut ajaran Islam merujuk kepada fatwa yang diputuskan mufti-mufti di seluruh negara disifatkan sebagai “bodoh”.
  • Kenyataan tidak berasas itu dikeluarkan oleh Profesor Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi seperti dibuat dalam hantaran Facebook peguam, Lukman Sheriff semalam.
  • “Dia anggap kita bodoh sebab ikut mufti. Tak payah mufti pun tak mengapa,” tulisnya di Facebook.
  • Tambahnya, Mohd Tajuddin turut sengaja menyiarkan dalam akhbar vernakular Bahasa Cina untuk kaum bukan Melayu.
  • “Profesor ini liberal dan terikut woke culture yang mana dia sahaja betul dan yang tidak bersamanya itu mesti sebab kebencian,” kata Lukman.

KUALA LUMPUR – Semua Muslim yang mengikut ajaran Islam merujuk kepada fatwa yang diputuskan mufti-mufti di seluruh negara disifatkan sebagai “bodoh”.

Kenyataan tidak berasas itu dikeluarkan oleh Pensyarah UCSI University, Profesor Dr Mohd Tajuddin Mohd Rasdi seperti dibuat dalam hantaran Facebook peguam, Lukman Sheriff semalam.

“Dia anggap kita bodoh sebab ikut mufti. Tak payah mufti pun tak mengapa. Dia kata “if Muslim can read and think critically there would not need be any need for muftis”.

“Angkuh betul. Dia ingat dalam dunia serba moden ini semua orang tahu semua benda. Orang putih pun tak tahu semua benda. 

“Samalah untuk orang Islam. Ada yang belajar Fiqh, Usul Fiqh dan lain-lain bertahun-tahun, tetapi bukan semua ada ilmu agama yg dalam,” tulisnya dalam Facebook.

Tidak cukup dengan itu, Mohd Tajuddin juga menganggap Muslim yang tidak bersetuju dengan pendapatnya sebagai “bodoh” dan “tak tahu dosa di akhirat nanti”.

Tegas Lukman dalam tulisannya, semua orang ada kepakaran masing-masing termasuk agamawan.

“Biar mufti fokus beri pandangan. Kita mahu mufti yang ada ilmu agama yang dalam dan juga mahir dengan isu-isu dunia untuk dikupaskan. 

“Sudah tentu bukan semua pandangan mufti kita setuju. Kita boleh berbeza pendapat dengan alasan sesama mufti mempunyai berbeza pandangan. 

“Tetapi yang mana digazet untuk kebaikan bersama kita hormati terutamanya yang ada jumhur ulama,” jelasnya.

Lukman juga menyifatkan Mohd Tajuddin sebagai “kangkung” kerana berfikir secara dangkal dalam isu ini.

“Kalau baca tulisan Profesor Tajuddin ini ada sebahagian poin yang munasabah cuma masalahnya ialah dia menganggap muslim itu bodoh.

“Selain itu dangkal, tak tahu beza dosa dan sebagainya secara pukul rata. Dia cuba bagi gambaran Muslim ini penuh kebencian terhadap bukan Muslim ataupun rasis. 

“Dia (sengaja?) membentuk a false racial siege naratif atau satu falasi minda terkepung perkauman bagi bukan Muslim,” katanya.

Tambahnya, Mohd Tajuddin turut sengaja menyiarkan dalam akhbar vernakular Bahasa Cina untuk kaum bukan Melayu.

“Sebenarnya dia tak dapat melihat dalam dunia ini ada pelbagai pertembungan ideologi. Di barat ada pertembungan besar konservatif dan liberal. 

“Profesor ini liberal dan terikut woke culture yang mana dia sahaja betul dan yang tidak bersamanya itu mesti sebab kebencian. 

“Jadi dia prejudis kepada Muslim yang kebanyakannya tidak liberal. Contohnya dia melihat 90 peratus muslim menyokong PN dan BN satu masalah tetapi lebih 90 peratus bukan melayu sokong DAP sebagai bukan satu masalah,” katanya. –The Merdeka Times

Sumber: Facebook Lukman Sheriff 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *