Connect with us

Terkini

Pengguna Facebook dikecam kait inisiatif masjid beri upah pada kanak-kanak dengan politik

Tindakan sebuah masjid di Terengganu yang memberi upah sebanyak RM7 kepada kanak-kanak yang hadir menunaikan solat Subuh dan Isyak secara berjemaah dikaitkan dengan agenda politik oleh seorang pengguna Facebook.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Pengguna Facebook dikecam kait inisiatif masjid beri upah pada kanak-kanak dengan politik
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Akaun Facebook Preeta Samarasan berkongsi pautan berita NST Online berkenaan masjid di Terengganu memberi upah kepada kanak-kanak yang hadir solat berjemaah, dengan kepsyen berbaur Islamofobia.
  • Hantaran itu dikecam netizen yang menyifatkan tindakannya cuba mengaitkan inisiatif masjid dengan agenda politik itu adalah satu bentuk hasutan.
  • Akaun itu aktif membuat hantaran lain berunsur anti-Islam, dipercayai milik seorang wanita warganegara Malaysia yang menetap di luar negara.

 

Tindakan sebuah masjid di Terengganu yang memberi upah sebanyak RM7 kepada kanak-kanak yang hadir menunaikan solat Subuh dan Isyak secara berjemaah dikaitkan dengan agenda politik oleh seorang pengguna Facebook.

Menerusi hantaran yang dibuat akaun milik Preeta Samarasan itu, dia berkongsikan pautan berita berkenaan yang dibuat NST Online beserta tulisan kepsyen yang bermaksud “Sekarang bayangkan berapa jumlah yang akan dibayar untuk mereka mengundi parti yang ‘betul’ 8 tahun nanti”.

Hantaran itu telah diulang siar lebih 190 kali dan menerima lebih 900 komen yang rata-ratanya mengecam tindakan yang dianggap tidak sensitif dan berbaur hasutan itu.

Komen-komen tersebut kebanyakannya meminta individu itu untuk tidak mengaitkan perkara tersebut dengan politik, memandangkan tindakan masjid itu bertujuan sekadar menggalakkan kanak-kanak untuk hadir solat berjemaah di masjid.

Berdasarkan butiran akaun Facebook berkenaan, pemilik akaun tersebut dipercayai seorang warganegara Malaysia dari Ipoh, Perak yang kini menetap di Le Chalard, Perancis.

Akaun tersebut juga aktif membuat pelbagai hantaran yang berbaur anti-Islam.

Terdahulu, NST Online melaporkan Masjid Hadhari di daerah Jertih, Besut memberikan ‘wang poket’ sebanyak RM7 kepada kanak-kanak yang hadir menunaikan solat Subuh dan Isyak secara berjemaah.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengurusan masjid tersebut, Baharudin Ibrahim, inisiatif bagi menarik minat kanak-kanak ke masjid itu mula dilaksanakan sejak dua minggu lalu, dengan pemberian sebanyak RM5 bagi solat Subuh dan RM2 bagi solat Isyak. – The Merdeka Times

 

Sumber: Facebook Preeta Samarasan

 

Author