Connect with us

Terkini

Pendidikan Islam perlu dikaji semula, sesuaikan dengan kerangka masyarakat majmuk – ABIM

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memperincikan lima perkara utama isu pendidikan di dalam negara yang perlu dititikberatkan.

Wartawan TMT

Published

on

Pendidikan Islam perlu dikaji semula, sesuaikan dengan kerangka masyarakat majmuk – ABIM
Foto: Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz
  • Masalah keciciran pembelajaran harus diangkat sebagai isu utama di mana ia perlukan pengukuhan membaca, menulis dan mengira (3M) pada peringkat tahap satu.
  • “Kedua, Dasar Pendidikan Digital perlu disegerakan bagi mempercepat adaptasi pendigitalan dalam ekosistem pendidikan.”
  • “Ketiga, sekolah daif merupakan isu berpanjangan dan perlu penyelesaian kreatif serta drastik bagi kesaksamaan pendidikan.”
  • Keempat, hala tuju pendidikan perlu dijajarkan semula bagi memaknakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Negara.
  • Pendidikan Islam di Malaysia dicadangkan dikaji semula agar sesuai dengan pengamalan Islam dalam kerangka masyarakat Malaysia. – Presiden  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 

SHAH ALAM – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memperincikan lima perkara utama isu pendidikan di dalam negara yang perlu dititikberatkan.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, perkara pertama adalah melibatkan masalah keciciran pembelajaran yang harus diangkat sebagai isu utama.

Menurutnya, ia memerlukan pengukuhan membaca, menulis dan mengira (3M) pada peringkat tahap satu.

“Kedua, Dasar Pendidikan Digital perlu disegerakan bagi mempercepat adaptasi pendigitalan dalam ekosistem pendidikan.

“Ketiga, sekolah daif yang merupakan isu berpanjangan dan perlu penyelesaian kreatif serta drastik bagi kesaksamaan pendidikan.

“Keempat, hala tuju pendidikan perlu dijajarkan semula bagi memaknakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Negara yang dilihat semakin dilupakan akibat pembelajaran berorientasikan peperiksaan masih menebal dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Selain itu, Muhammad Faisal berkata, pendidikan negara juga harus menjurus ke arah pembinaan watak dan kemahiran berasaskan hikmah dan penerapan nilai-nilai selari dengan pendidikan Islam yang bersifat universal.

Jelas beliau, untuk merungkai persoalan mengenai dinamika pendidikan Islam di negara ini, ABIM ingin merujuk pandangan Tokoh Maal Hijrah 1440H peringkat kebangsaan, Allahyarham Profesor Datuk Dr Siddiq Fadzil.

“Beliau mencadangkan Pendidikan Islam di Malaysia dikaji semula agar dilihat sesuai dengan pengamalan Islam dalam kerangka masyarakat Malaysia yang bersifat realiti kemajmukan dengan kepelbagaian kaum dan agama.

“Sama seperti penyepaduan Fiqh Muwatanah, Fiqh Taayush, menambah interaksi dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama,” ujarnya.

Muhammad Faisal dalam masa sama turut merakamkan ucapan tahniah buat Fadhlina Sidek atas taklifan sebagai Menteri Pendidikan kepada kerajaan Perpaduan.

“ABIM meyakini kewibawaan dan pengalaman yang dimiliki menjadi tonggak untuk beliau memimpin Kementerian Pendidikan ke arah kecemerlangan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending