Connect with us

Terkini

Majlis Media penting untuk kekang berita palsu, jaga kebajikan wartawan – Azman Ujang

Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) adalah wajar bagi mengekang isu penyebaran berita palsu dan meningkatkan kualiti pelaporan berita oleh agensi media dalam negara.

Wartawan TMT

Published

on

Majlis Media penting untuk kekang berita palsu, jaga kebajikan wartawan - Azman Ujang
Foto: Datuk Seri Azman Ujang.
  • Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) adalah wajar bagi mengekang isu penyebaran berita palsu dan meningkatkan kualiti pelaporan berita oleh agensi media dalam negara.
  • Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang berkata penubuhan majlis media memainkan peranan besar menjaga kebajikan pengamal media khususnya dalam era digitalisasi pada masa kini.
  • “Berita palsu isu besar, kerana semua individu boleh jadi penulis dengan adanya akses kepada media sosial malah berbeza dengan syarikat media yang mempunyai tapisan tersendiri. Jadi ini yang kita kata ‘setback’ yang besar dalam landskap media hari ini,” katanya.
  • Ujarnya, penubuhan majlis media dapat mengekang serangan pihak tertentu seperti kes saman dan sebagainya. Maka majlis media akan menilai dan mendengar kes-kes tersebut dan bukan terus dibawa ke mahkamah.

KUALA LUMPUR: Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) adalah wajar bagi mengekang isu penyebaran berita palsu dan meningkatkan kualiti pelaporan berita oleh agensi media dalam negara.

Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang berkata penubuhan majlis itu juga dilihat mampu memainkan peranan besar dalam menjaga kebajikan pengamal media khususnya dalam era digitalisasi pada masa kini.

“Kita mahu majlis media ini ditubuhkan walaupun perkara ini sebenarnya perlu dilaksanakan dari dulu lagi, namun sudah tiba masanya untuk kita benar-benar wujudkan satu badan yang berperanan untuk mengekang berita palsu dan menjaga kebajikan pengamal media.

“Berita palsu ini isu besar, kerana pada hari ini semua individu boleh jadi penulis dengan adanya akses kepada media sosial. Situasi ini berbeza dengan syarikat media yang mempunyai tapisan tersendiri. Jadi ini yang kita kata ‘setback’ yang besar dalam landskap media hari ini,” katanya.

Cadangan penubuhan MMC disuarakan peserta Wacana Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada 2018 yang mewakili pelbagai pertubuhan media di seluruh negara.

Pada 5 Disember lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata beliau perlu mendapatkan perincian berhubung cadangan tersebut daripada pengiat industri media khususnya persatuan wartawan.

Dalam pada itu, Azman berkata, wartawan generasi baharu juga perlu lebih berketerampilan dan berani untuk membawa dan bertanyakan isu-isu kritikal kepada pihak berkenaan khususnya apabila profesion itu membawa suara-suara rakyat serta membela nasib mereka.

Senada dengannya, Penasihat Portal Berita Bebas News, Datuk Zaini Hassan, berkata penubuhan majlis media dilihat tepat pada masanya bagi melindungi media daripada serangan pihak-pihak tertentu semasa pelaporan berita.

“Di United Kingdom, mereka ada biro aduan media sendiri yang berperanan untuk mendengar kes-kes rakyat membabitkan media. Seperti contoh iklan yang boleh pengaruh kanak-kanak, maka apabila rakyat buat aduan maka majlis media ini akan buat penilian terhadap kes itu.

“Ini adalah bagi mengekang serangan pihak tertentu terhadap media seperti kes saman dan sebagainya. Maka dengan mewujudkan majlis media ini, ia akan menilai dan mendengar kes-kes tersebut dan bukan terus dibawa ke mahkamah,” katanya.

Sumber: Berita Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending