Connect with us

Terkini

Lima perkara kerajaan perlu utamakan demi keselamatan makanan – PAS

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Kedah mencadangkan kerajaan memerangi kartel padi secara sistematik, tulus dan berstrategi selain mengawal rantaian pengeluaran padi dengan lebih efektif.

Hidayah Sani

Published

on

Lima perkara kerajaan perlu utamakan demi keselamatan makanan - PAS
Foto: Dato' Ahmad Yahaya.
  • Cadangan pertama; memerangi kartel padi secara sistematik, tulus dan berstrategik selain mengawal rantaian pengeluaran padi dengan lebih efektif
  • Cadangan kedua; sokong usaha kerajaan Kedah dengan dasar penanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun bagi tingkatkan penghasilan padi.
  • Cadangan ketiga, contohi model asas pelaksanaan Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Asnaf yang dilaksanakan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).
  • Cadangan keempat; beri tumpuan serius meremajakan industri padi dan beras negara serta tumpuan terhadap penerima gunaan teknologi.
  • Cadangan kelima; mengupayakan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021-2030) yang menumpukan peningkatan produktiviti serta mobiliti sosial para pesawah.
  • Kerajaan perlu sediakan justifikasi dan langkah susulan yang kukuh terhadap cadangan menghapuskan monopoli BERNAS dalam import beras di negara ini.

KUALA LUMPUR – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Kedah mencadangkan kerajaan memerangi kartel padi secara sistematik, tulus dan berstrategi selain mengawal rantaian pengeluaran padi dengan lebih efektif.

Cadangan itu antara lima perkara yang perlu kerajaan beri keutamaan dalam konteks keselamatan makanan, kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ahmad Yahaya hari ini.

“Cadangan kedua, menyokong usaha Kerajaan Negeri Kedah dengan dasar penanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun bagi meningkatkan penghasilan padi seterusnya menyokong sasaran tahap sara diri melebihi 80 peratus menjelang 2030 seperti yang digariskan DAN 2.0.

“Cadangan ketiga, mencontohi model asas pelaksanaan Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Asnaf yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

“Strategi Smart SBB ini bukan sahaja berjaya memastikan peningkatan terhadap penghasilan padi bagi sehektar, bahkan berjaya memastikan mobiliti sosial para pesawah keluar daripada zon kemiskinan.

“Cadangan keempat, memberikan tumpuan serius bagi meremajakan industri padi dan beras negara serta tumpuan terhadap penerima gunaan teknologi,” tulis beliau dalam hantaran Facebook, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mencadangkan kerajaan mengupayakan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021-2030) yang menumpukan kepada peningkatan produktiviti serta mobiliti sosial para pesawah.

Beliau juga berkata, isu keselamatan makanan wajar ditangani secara komprehensif oleh kerajaan memandangkan ketika ini langkah diatur Kerajaan Persekutuan dilihat lebih didorong tindakan populis yang tiada justifikasi kukuh terhadapnya. 

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kerana didakwa memonopoli import beras di negara ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Yahaya berkata kerajaan perlu sediakan justifikasi dan langkah susulan yang kukuh terhadap cadangan menghapuskan monopoli Padiberas Nasional Bhd. (BERNAS) dalam import beras di negara ini.

Beliau juga mempersoalkan sama ada langkah itu akan membuka ruang kepada syarikat swasta lain untuk mengimport beras. 

Bagaimana kesan dan impak kepada pengusaha beras tempatan yang terpaksa bersaing disebabkan harga beras import lebih murah? Apakah ada ‘safety net’ terhadap perkara tersebut?

“Bagaimana kerajaan mengawal import beras sedangkan langkah sedia ada dilakukan bagi mengawal selia jumlah beras yang diimport memenuhi keperluan dan permintaan?” tulis beliau.

Tambahnya, istilah ‘monopoli’ kepada BERNAS sebenarnya obligasi sosial yang ketat bahkan kerajaan mengawal sepenuhnya bidang kuasa syarikat itu ketika ini melalui ‘golden share‘.

Katanya, hal ini terkait dengan pengawal seliaan terhadap stok penimbal yang disasarkan kepada 290 ribu tan metrik kelak di mana obligasi itu akan mengikat peranan monopoli import BERNAS termasuk dalam klausa pembaharuan konsesi bagi 10 tahun akan datang sehingga 2031.

“Persoalannya, adakah syarikat swasta lain turut diikat dengan obligasi sama seperti ditanggung BERNAS?

“PAS Kedah berpandangan isu ini memerlukan penelitian lebih lanjut dan tidak sekadar semberono. Ironinya, pengumuman penghapusan monopoli terpisah daripada perbincangan lain yang mustahak,” kata beliau dalam kenyataan itu. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending