Connect with us

Terkini

Kesatuan Olahraga Malaysia ancam ambil tindakan jika Adam Adli gagal buktikan tuduhan rasuah

Selepas beberapa persatuan bangkit menyatakan kekecewaan terhadap kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, kini tiba giliran Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bersuara. 

Wartawan TMT

Published

on

Kesatuan Olahraga Malaysia ancam ambil tindakan jika Adam Adli gagal buktikan tuduhan rasuah
Foto: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
  • Presiden KOM, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim  menggesa Adam Adli untuk membuktikan dakwaan mengenai rasuah, jika tidak, tindakan susulan akan diambil. 
  • “Jangan sekali-kali hendak menjadi juara dengan melemparkan kenyataan-kenyataan yang tidak berasas dan kurang fakta,” katanya.
  • Menurutnya, Adam Adli sepatutnya mempertahankan sukan di Malaysia dan kenyataan dikeluarkannya itu dianggap sebagai ‘kurang sihat dan tidak sesuai’.

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa persatuan bangkit menyatakan kekecewaan terhadap kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, kini tiba giliran Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bersuara. 

Presidennya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menggesa Adam Adli untuk membuktikan dakwaannya bahawa badan sukan di negara ini dibelenggu gejala rasuah dan sekiranya tidak, tindakan susulan akan diambil. 

“Jangan sekali-kali hendak menjadi juara dengan melemparkan kenyataan-kenyataan yang tidak berasas dan kurang fakta,” kata Shahidan dalam satu kenyataan. 

“Sila dapatkan maklumat lengkap bagaimanakah badan sukan diuruskan oleh orang yang dipilih. Sila buktikan badan sukan mana yang terlibat dengan rasuah.”

Shahidan dalam pada itu berkata, Adam Adli sepatutnya mempertahankan sukan di Malaysia dan kenyataan dikeluarkannya itu dianggap sebagai ‘kurang sihat dan tidak sesuai.’ 

“Ini adalah kurang sihat dan tidak sesuai dikeluarkan oleh seorang Timbalan Menteri Belia dan Sukan,” katanya. 

“Jika tidak, kami akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap dakwaan yang tidak berasas ini.”

Sebelum ini, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria nyata kurang senang dengan dakwaan Adam Adli dalam satu sidang media dengan menyatakan badan sukan di negara ini dibelenggu gejala rasuah. 

Turut kecewa dengan kenyataan berkenaan adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan Presiden Persekutuan Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt. 

Adam Adli ketika sidang media pertama selepas melaporkan diri secara rasmi di Menara KBS dilaporkan berkata, arena sukan negara seharusnya bebas daripada sebarang amalan korupsi, ketidakcekapan dan ketirisan bagi mengangkatnya ke tahap lebih tinggi. 

“Saya yakin pengamal media yang membuat liputan tentang sukan tahu sangat masalah ini… ia masalah dalaman sebenarnya sebab saya percaya ia bukan tentang prestasi atlet. 

“Kita ada ramai atlet bertaraf dunia yang berjaya bawa emas untuk negara di kejohanan antarabangsa, tetapi selalunya bila kita meneliti secara mendalam, ia berkaitan isu korupsi, jadi kita perlu menguruskan isu ini,” kata Adam Adli pada ketika itu.

Sumber: Berita Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending