Antarabangsa
Dakwa dipaksa peluk Kristian, Penduduk Hindu mahu polis ambil tindakan
Hindu Jagarana Vedike dan penduduk kampung membuat aduan kepada pihak polis pada Rabu ekoran dakwaan berlakunya penukaran agama secara paksa di sebuah rumah ladang di sini.

- Pertubuhan Hindu Jagarana Vedike dan penduduk kampung membuat aduan kepada pihak polis pada Rabu ekoran dakwaan berlakunya penukaran agama secara paksa di sebuah rumah ladang di Kannamangala berhampiran bandar Channapatna.
- Pihak terbabit menuntut rumah ladang terletak di sempadan M.K. Balai polis Doddi dikosongkan dan salib dipasang di tanah kerajaan ditanggalkan.
- Setiap hari lebih 200 orang dibawa dari kawasan lain di negeri ini dan dipaksa memeluk agama Kristian selain muzik DJ bersama pembesar suara canggih digunakan untuk mempengaruhi pemikiran penduduk di situ.
Ramnagar – Hindu Jagarana Vedike dan penduduk kampung membuat aduan kepada pihak polis pada Rabu ekoran dakwaan berlakunya penukaran agama secara paksa di sebuah rumah ladang di sini.
Pihak terbabit menuntut rumah ladang terletak di sempadan M.K. Balai polis Doddi dikosongkan dan membuang salib yang dipasang di atas tanah kerajaan, demikian lapor Siasat.com.
Menurut aduan itu, mubaligh terbabit didakwa menubuhkan tempat ibadat secara haram di kampung Kannamangala berhampiran bandar Channapatna.
Pihak terbabit mendakwa setiap hari lebih 200 individu dibawa dari kawasan lain di negeri ini dan dipaksa memeluk Kristian selain muzik DJ bersama pembesar suara canggih digunakan untuk mempengaruhi pemikiran penduduk di situ.
Apabila pihak berkuasa gagal menangani aduan penduduk kampung, mereka mendekati pertubuhan Hindu Jagaran Vedike yang turut menuntut tempat ibadat haram itu dikosongkan dan penggunaan tanah dihadkan kepada syarat lesen pentadbiran tempatan.
Penduduk kampung dan penganut Hindu juga menuntut supaya salib dan patung Yesus Kristus yang dipasang di tanah kerajaan ditanggalkan.
Malah, aduan itu turut menyatakan berlaku pencemaran bunyi akibat majlis keagamaan yang diadakan bagi menukar agama itu.
Justeru itu, pihak terbabit menuntut penukaran agama dengan membawa orang dari tempat lain dihentikan.
Penduduk kampung memberitahu apabila mereka menyoal pihak bertanggungjawab berkenaan hal itu, nyawa mereka pula diancam pihak tersebut.
Susulan insiden itu, penduduk kampung mengadakan bantahan selain pihak polis mendaftarkan kes itu dan menjalankan siasatan.
Sumber : Siasat.com

You must be logged in to post a comment Login