Antarabangsa
Arab Saudi haramkan pemakaian abaya semasa peperiksaan
Kerajaan Arab Saudi (KSA) mengharamkan pemakaian jubah ‘abaya’ di dewan peperiksaan, lapor Siasat Daily.

- Suruhanjaya Penilaian Pendidikan dan Latihan (ETEC) mengumumkan pelajar perempuan tidak dibenarkan pakai abaya semasa tempoh peperiksaan.
- “Adalah perlu mematuhi peraturan kod pakaian untuk memelihara kesopanan awam di tempat peperiksaan, dan perlu diketahui bahawa memakai jubah semasa mengambil ujian adalah dilarang..Good luck,” kata ETEC dalam ciapan di Twitter.
RIYADH – Kerajaan Arab Saudi (KSA) mengharamkan pemakaian jubah ‘abaya’ di dewan peperiksaan, lapor Siasat Daily.
Abaya adalah jubah hitam longgar dari hujung rambut hingga hujung kaki yang secara tradisional dipakai wanita Islam.
Suruhanjaya Penilaian Pendidikan dan Latihan (ETEC) mengumumkan pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai abaya semasa tempoh peperiksaan.
“Adalah perlu mematuhi peraturan kod pakaian untuk memelihara kesopanan awam di tempat peperiksaan dan perlu diketahui bahawa memakai jubah semasa mengambil ujian adalah dilarang.. Selamat berjaya!,” kata ETEC dalam ciapan di Twitter.
Ciapan itu adalah bagi menjawab pertanyaan seorang gadis Saudi, Dalia, yang menuntut penjelasan sama ada memakai abaya dibenarkan semasa peperiksaan.
Pada 2018, pemakaian abaya tidak lagi sah/dilarang di Arab Saudi, namun sebilangan wanita di negara itu tetap memakai jubah tradisional itu.
Sumber : Siasat Daily

You must be logged in to post a comment Login