Terkini
Umat Islam dilarang sertai, promosi syarikat Atomy Malaysia terkait Missiniori Kristianisasi – Mufti Pulau Pinang
Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang mengeluarkan larangan bagi umat Islam daripada menyertai mahupun mempromosikan syarikat Atomy Malaysia.

- Keputusan dibuat selari dengan mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-120 yang bersidang pada 25 Januari 2022 lalu bagi membincangkan berkenaan Hukum Berurus Niaga Bersama Syarikat Atomy Menurut Muamalat Dan Akidah.
- Larangan tersebut menjawab pertanyaan berkenaan hukum sertai dan mempromosi perniagaan bersama Atomy Malaysia dimiliki Atomy Co Ltd di Korea yang dikatakan jalani Missiniori Kristianisasi di Korea.
- Hukum asal bagi setiap perniagaan adalah harus menurut kaedah fiqh namun jika ada unsur boleh mengharamkannya maka ia dilarang dalam syarak.
- “Apabila sabit suatu perniagaan itu mempunyai hubung kait dengan penyaluran dana dalam usaha-usaha penyebaran agama Kristian, maka terdapat unsur maksiat di situ.
- Bersubahat atau bekerjasama dalam usaha penyebaran agama Kristian dilarang berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2.
KUALA LUMPUR – Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang mengeluarkan larangan bagi umat Islam daripada menyertai mahupun mempromosikan syarikat Atomy Malaysia.
Keputusan itu dibuat selari dengan mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-120 yang bersidang pada 25 Januari 2022 lalu bagi membincangkan berkenaan Hukum Berurus Niaga Bersama Syarikat Atomy Menurut Muamalat Dan Akidah.
Larangan tersebut bagi menjawab pertanyaan berkenaan hukum menyertai dan mempromosi perniagaan bersama Atomy Malaysia yang dimiliki oleh Atomy Co Ltd di Korea yang dikatakan menjalani Missiniori Kristianisasi di Korea.

Tangkap layar kenyataan dari portal e-Kemusykilan Soal Jawab Agama, Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang
Mengulas lanjut, katanya Islam mengiktiraf tuntutan umatnya untuk memenuhi keperluan hidup dan menjalankan tanggungjawab sosial tambahan pada zaman pesat ini pelbagai cabang dan lubuk rezeki telah wujud dek inovatif manusia yang semakin berkembang.
Bagaimanapun, katanya seseorang mestilah memastikan pendapatannya berasaskan daripada sumber halal sepertimana firman Allah SWT yang dipetik daripada Surah Al-Jumu’ah ayat 10 iaitu: “Dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya dunia dan akhirat.”
Tambahnya, hukum asal bagi setiap perniagaan adalah harus menurut kaedah fiqh, iaitu “Asal segala sesuatu dalam bidang muamalat adalah harus.”
Namun, jelasnya jika ada unsur yang boleh mengharamkannya maka ia dilarang dalam syarak.
“Apabila sabit suatu perniagaan itu mempunyai hubung kait dengan penyaluran dana dalam usaha-usaha penyebaran agama Kristian, maka terdapat unsur maksiat di situ.
“Bersubahat atau bekerjasama dalam usaha penyebaran agama Kristian dilarang berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2, iaitu;
“…dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (permusuhan)…”.
Sumber : Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang
