Antarabangsa
Dipaksa kahwini perogol, remaja nekad bakar diri di India
Seorang gadis remaja 16 tahun, yang juga mangsa rogol beramai-ramai, membakar dirinya sendiri selepas dipaksa berkahwin dengan salah seorang perogolnya.

- Seorang gadis remaja 16 tahun, yang juga mangsa rogol beramai-ramai, membakar dirinya sendiri selepas dipaksa berkahwin dengan salah seorang perogolnya.
- Kejadian berlaku di daerah Farrukhabad, Uttar Pradesh, utara India pada 7 November lalu.
- Gadis itu dirogol bergilir-gilir pada Januari 2021 oleh sepasang adik-beradik.
- Selepas tertuduh diikat jamin pada Ogos tahun ini, mereka mula memaksa gadis itu untuk menarik semula kes dan mengahwini salah seorang daripada mereka.
Seorang gadis remaja 16 tahun, yang juga mangsa rogol beramai-ramai, membakar dirinya sendiri selepas dipaksa berkahwin dengan salah seorang perogolnya.
Insiden itu berlaku di daerah Farrukhabad, Uttar Pradesh, utara India pada 7 November lalu, demikian lapor akhbar Times of India dipetik portal Independent.
Gadis itu kemudian dibawa ke Hospital Safdarjung, New Delhi, untuk merawat 70 peratus badannya yang melecur.
Superintendan polis tempatan, Ashok Kumar Meena berkata siasatan sedang dijalankan dan tertuduh akan didakwa tidak lama lagi.
Seorang lagi pegawai polis, Sachin Kumar Singh berkata kedua-dua tertuduh adalah adik-beradik dan dipenjarakan atas tuduhan bersubahat membunuh diri.
Terdahulu, gadis itu dirogol bergilir-gilir pada Januari 2021 selepas tertuduh menculiknya ketika dia berada di padang.
Dalam keterangannya, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah apabila tertuduh menculiknya dan membawanya ke tempat terpencil dan seterusnya merogolnya.
Polis berkata sejak kedua-dua tertuduh diikat jamin pada Ogos tahun ini, mereka mula menganggu dan mengugut gadis itu.
Antaranya, mereka memaksa gadis itu untuk menarik semula kes itu.
Mereka juga turut memaksa gadis itu untuk mengahwini salah seorang dari mereka.
Menurut bapa gadis itu, “Kedua-dua lelaki itu menjadikan hidup anak perempuan saya bagai dalam neraka. Mereka mengganggu mentalnya dengan menghantar mesej melalui telefon.
Mereka mengugut akan membunuh ahli keluarganya jika dia tidak melakukan seperti yang mereka perintahkan,” katanya.
Sumber: Independent
