Connect with us

Antarabangsa

Dipaksa kahwini perogol, remaja nekad bakar diri di India

Seorang gadis remaja 16 tahun, yang juga mangsa rogol beramai-ramai, membakar dirinya sendiri selepas dipaksa berkahwin dengan salah seorang perogolnya.

Wartawan TMT

Published

on

Dipaksa kahwini perogol, remaja nekad bakar diri di India
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang gadis remaja 16 tahun, yang juga mangsa rogol beramai-ramai, membakar dirinya sendiri selepas dipaksa berkahwin dengan salah seorang perogolnya.
  • Kejadian berlaku di daerah Farrukhabad, Uttar Pradesh, utara India pada 7 November lalu.
  • Gadis itu dirogol bergilir-gilir pada Januari 2021 oleh sepasang adik-beradik.
  • Selepas tertuduh diikat jamin pada Ogos tahun ini, mereka mula memaksa gadis itu untuk menarik semula kes dan mengahwini salah seorang daripada mereka.

Seorang gadis remaja 16 tahun, yang juga mangsa rogol beramai-ramai, membakar dirinya sendiri selepas dipaksa berkahwin dengan salah seorang perogolnya.

Insiden itu berlaku di daerah Farrukhabad, Uttar Pradesh, utara India pada 7 November lalu, demikian lapor akhbar Times of India dipetik portal Independent.

Gadis itu kemudian dibawa ke Hospital Safdarjung, New Delhi, untuk merawat 70 peratus badannya yang melecur.

Superintendan polis tempatan, Ashok Kumar Meena berkata siasatan sedang dijalankan dan tertuduh akan didakwa tidak lama lagi.

Seorang lagi pegawai polis, Sachin Kumar Singh berkata kedua-dua tertuduh adalah adik-beradik dan dipenjarakan atas tuduhan bersubahat membunuh diri.

Terdahulu, gadis itu dirogol bergilir-gilir pada Januari 2021 selepas tertuduh menculiknya ketika dia berada di padang.

Dalam keterangannya, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah apabila tertuduh menculiknya dan membawanya ke tempat terpencil dan seterusnya merogolnya.

Polis berkata sejak kedua-dua tertuduh diikat jamin pada Ogos tahun ini, mereka mula menganggu dan mengugut gadis itu.

Antaranya, mereka memaksa gadis itu untuk menarik semula kes itu.

Mereka juga turut memaksa gadis itu untuk mengahwini salah seorang dari mereka.

Menurut bapa gadis itu, “Kedua-dua lelaki itu menjadikan hidup anak perempuan saya bagai dalam neraka. Mereka mengganggu mentalnya dengan menghantar mesej melalui telefon.

Mereka mengugut akan membunuh ahli keluarganya jika dia tidak melakukan seperti yang mereka perintahkan,” katanya.

Sumber: Independent

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Pepijat ciri ‘Mirroring Apple’ berisiko dedah data pengguna iPhone

Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri ‘Mirroring Apple’ yang menyebabkan data mereka terdedah.
  • Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.
  • Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan. 
  • “Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.
  • Risiko itu termasuk mendedahkan app VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.

Amaran dikeluarkan kepada pengguna iPhone selepas pakar keselamatan siber menemui pepijat dalam ciri Mirroring Apple yang menyebabkan data mereka terdedah.

Firma perisian keselamatan Sevco mendapati kelemahan itu apabila ia digunakan pada Mac keluaran kerja (work-issued Mac), berkongsi data telefon pintar dengan sistem IT syarikat.

Mereka mengesahkan aplikasi pekerja telah disimpan pada rangkaian korporat yang diakses majikan. 

Pasukan keselamatan telah menggesa pengguna iPhone untuk berhenti menggunakan ciri pada komputer kerja dan syarikat untuk mengenal pasti mana-mana sistem IT perusahaan yang mengumpulkan inventori perisian daripada Mac sehingga Apple mengeluarkan “patch” baharu.

“Pepijat Apple ini adalah risiko privasi utama kerana ia boleh mendedahkan aspek kehidupan peribadi yang mereka (pengguna) tidak mahu berkongsi atau yang boleh menyebabkan mereka berisiko,” kata Sevco dalam satu kenyataan dipetik Daily Mail pada Selasa.

Risiko itu termasuk mendedahkan app VPN (Rangkaian Peribadi Maya) di negara yang mengehadkan akses kepada Internet, aplikasi temu janji yang mendedahkan orientasi seksual mereka dalam bidang kuasa dengan perlindungan terhad atau akibat undang-undang atau aplikasi berkaitan dengan keadaan kesihatan yang mereka (pekerja) tidak mahu kongsikan.

Apple pada 30 September lalu melaporkan ia telah mengeluarkan semula isu itu dan memberitahu Sevco pada 3 Oktober lalu bahawa ia akan menanganinya dalam kemas kini akan datang tidak lama lagi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending