Connect with us

Terkini

Wan Azizah tanding di Bandar Tun Razak

Bekas timbalan perdana menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, bakal berpindah dari kawasan Pandan untuk bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Bandar Tun Razak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Wan Azizah tanding di Bandar Tun Razak
Foto: Bekas timbalan perdana menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
  • Dr Wan Azizah Wan Ismail, bakal berpindah dari kawasan Pandan untuk bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Bandar Tun Razak.
  • Perkara itu disahkan beberapa pemimpin pusat dan cabang PKR.
  • Pengumuman mengenai pencalonan Wan Azizah di kerusi parlimen dijangka dibuat pada Jumaat ini.

Bekas timbalan perdana menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, bakal berpindah dari kawasan Pandan untuk bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Bandar Tun Razak.

Perkara itu disahkan beberapa pemimpin pusat dan cabang PKR kepada Malaysiakini.

Menurut mereka, pengumuman mengenai pencalonan Wan Azizah di kerusi parlimen tersebut dijangka dibuat pada Jumaat ini.

Seorang pemimpin pusat berkata, PKR meletakkan bekas presiden mereka di Bandar Tun Razak kerana dua ahli parlimen sebelum ini menongkah kehendak parti.

“PKR sudah memenangi kerusi Bandar Tun Razak sejak 2008 tapi dua ahli parlimen terdahulu akhirnya meninggalkan parti.

“Kami mengakui keyakinan pengundi kepada PKR (di kawasan berkenaan) tidak begitu stabil, justeru kami perlu meletakkan seorang pemimpin utama untuk mempertahankannya,” kata sumber berkenaan.

Untuk rekod pada 2008 dan 2013, PKR meletakkan Allahyarham Abdul Khalid Ibrahim sebagai calon pembangkang di kawasan berkenaan. Dia turut bertanding – dan menang – di kerusi DUN Ijok.

Sebelum menjadi ahli parlimen Pandan, Wan Azizah pernah memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh dari 1999 hingga 2008 dan 2015 hingga 2018.

Wan Azizah bertanding di situ bagi menggantikan Anwar yang dihukum penjara.

Sumber: Malaysia Kini

 

Author