Antarabangsa
[VIDEO] Polis Indonesia sujud beramai-ramai mohon maaf atas tragedi Stadium Kanjuruhan
Kira-kira 100 anggota Polis Kota Malang dipimpin Ketuanya, Budi Hermanto secara spontan bersujud beramai-ramai bagi meminta maaf susulan tragedi berdarah di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, baru-baru ini.
![[VIDEO] Polis Indonesia sujud beramai-ramai mohon maaf atas tragedi Stadium Kanjuruhan](https://themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2022/10/video-polis-indonesia-sujud-beramai-ramai-mohon-maaf-atas-tragedi-stadium-kanjuruhan.jpg)
Surabaya – Kira-kira 100 anggota Polis Kota Malang dipimpin Ketuanya, Budi Hermanto secara spontan bersujud beramai-ramai bagi meminta maaf susulan tragedi berdarah di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, baru-baru ini.
Tindakan itu dilakukan ketika rutin perhimpunan taklimat pagi di dataran Markas Kepolisian Resor Malang Kota, pada Isnin lalu.
Kompas melaporkan, Budi Hermanto mengatakan tindakan bersujud itu juga untuk memohon ampun kepada Tuhan Yang Maha Esa.
“Kami mendoakan kesejahteraan saudara kita yang terkorban dalam mangsa tragedi Kanjuruhan. Semoga keluarga yang ditinggalkan pula diberi ketabahan dan kita sama-sama memohon keampunan kepada Allah SWT supaya kejadian ini tidak berulang,” kata pegawai kanan polis yang dikenali sebagai Buher itu.
Pada 1 Oktober lalu, perlawanan bola ‘derby Jawa Timur’ antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur bertukar menjadi tragedi berdarah apabila sekurang-kurangnya 125 orang termasuk kanak-kanak terkorban dalam insiden rusuhan penyokong selepas perlawanan.
Sumber: Harian Metro
Antarabangsa
Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
- Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
- Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.
Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.
Sumber: Buletin TV3
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah