Antarabangsa
[VIDEO] Kain kafan terjulur, jenazah hampir hanyut
Lebih 20 kubur terjejas akibat runtuhan tembok dan hakisan tanah yang berlaku di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga, Kota Bandung dalam kejadian Selasa lalu.
![[VIDEO] Kain kafan terjulur, jenazah hampir hanyut](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2022/10/video-kain-kafan-terjulur-jenazah-hampir-hanyut.jpg)
- Ketua Unit Pelaksana Teknikal (UPT) Tanah Perkuburan Wilayah 3 Kota Bandung, Saeful Iman mengesahkan 25 kubur di Tanah Perkuburan Awam (TPU) terjejas akibat tanah runtuh
- Benteng penahan TPU di kawasan itu runtuh hingga beberapa kubur terbongkar dan hampir menyebabkan beberapa jenazah hanyut.
- Daripada 25 kubur terjejas, 10 kubur alami kerosakan dengan tujuh dicadangkan untuk dipindahkan.
- Kejadian tanah runtuh sekitar TPU Sirnaraga itu berpunca daripada hujan lebat yang berlaku sekitar jam 2.37 petang (waktu Indonesia Barat).
BANDUNG – Lebih 20 kubur terjejas akibat runtuhan tembok dan hakisan tanah yang berlaku di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga, Kota Bandung dalam kejadian Selasa lalu.
Hakisan tanah menyebabkan dua kain kafan terjulur keluar dari kubur yang berada di kawasan tebing.
Kejadian itu dirakam seorang penduduk dan dimuat naik ke platform media sosial sehingga mengundang simpati warganet di Indonesia.
Ketua Unit Pelaksana Teknikal (UPT) Tanah Perkuburan Wilayah 3 Kota Bandung, Saeful Iman mengesahkan bahawa 25 kubur di TPU berkenaan terjejas.
Menurut Saeful, benteng penahan TPU di kawasan itu runtuh menyebabkan beberapa kubur terbongkar dan hampir menyebabkan beberapa jenazah hanyut.
Tambahnya, daripada 25 kubur yang terjejas, 10 kubur mengalami kerosakan dengan tujuh dicadangkan untuk dipindahkan.
Sementara itu, Ketua Polis Cicendo, Sadewo berkata, kejadian tanah runtuh sekitar TPU Sirnaraga itu berpunca daripada hujan lebat yang berlaku sekitar jam 2.37 petang (waktu Indonesia Barat).
View this post on Instagram
Air dari Sungai Cilimus melimpah dan menyebabkan benteng di pinggir sungai itu runtuh.
“Daripada tujuh kubur itu, dua daripadanya adalah jenazah kanak-kanak kecil, lima lagi dewasa.
“Semuanya dalam keadaan baik, hanya ada sedikit yang boleh dilihat secara langsung seperti bahagian kepala,” katanya. – Agensi
Sumber: Sinar Harian
