Connect with us

Antarabangsa

Transgender perogol kanak-kanak diasingkan, keliru perlu ditempatkan di penjara lelaki atau perempuan

Seorang perogol kanak-kanak yang juga transgender diasingkan di penjara lelaki kerana pihak penjara bimbang keselamatan banduan wanita jika dia ditempatkan di penjara wanita.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Transgender perogol kanak-kanak diasingkan, keliru perlu ditempatkan di penjara lelaki atau perempuan
Foto: Marcia Walker, 48.
  • Marcia Walker, 48 dipenjara 13 tahun pada 2003 kerana merogol dua kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.
  • Atas faktor keselamatan banduan wanita lain, dia tidak boleh ditempatkan di penjara wanita.
  • Namun dia dilayan seperti wanita di penjara lelaki.
  • Banduan lelaki lain tidak berpuas hati kerana dia dibolehkan makan dan membersihkan diri seorang diri.
  • Dia mengadu tidak diberikan pisau cukur, mendakwa ia memburukkan lagi disforia (kecelaruan) jantinanya.

Seorang perogol kanak-kanak yang juga transgender diasingkan di penjara lelaki kerana pihak penjara bimbang keselamatan banduan wanita jika dia ditempatkan di penjara wanita.

Marcia Walker, 48, yang dijatuhi hukuman penjara 13 tahun pada 2003 kerana merogol dua kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, menimbulkan risiko kepada banduan wanita, demikian lapor The Sun dipetik LBC.

Walker kemudiannya turut disabitkan kesalahan membuat ugutan bom terhadap gabenor dan kakitangan penjara.

Dia kemudiannya dihukum tambahan enam bulan penjara kerana membuat ugutan bom kepada bekas Perdana Menteri, Theresa May melalui sepucuk surat.

Walker ditahan di HMP Frankland di County Durham tetapi terpaksa dipisahkan daripada banduan lelaki kerana status “jantinanya”.

Perkara itu menimbulkan ketidakpuasan hati banduan lain kerana mereka perlu menunggu 45 minit agar Walker boleh makan dan membersihkan diri seorang diri.

“Dia perlu dilayan sebagai seorang wanita tetapi tidak boleh dipindahkan ke penjara wanita kerana dia menimbulkan risiko,” kata sumber penjara.

Jurucakap Perkhidmatan Penjara berkata, “banduan transgender tidak menerima layanan istimewa dan mempunyai akses kepada kemudahan yang sama seperti banduan lelaki”.

Walker dilaporkan beberapa kali bertengkar dengan pihak penjara tentang hidup sebagai seorang wanita di penjara lelaki.

Dia juga mengadu kerana tidak diberikan pisau cukur, mendakwa ia memburukkan lagi disforia (kecelaruan) jantinanya.

Sumber: LBC UK

Author