Connect with us

Antarabangsa

TikToker transgender terkenal Australia hadapi tuduhan amang seksual kanak-kanak

Seorang TikToker transgender terkenal di Australia berdepan pelbagai pertuduhan berkaitan penderaan seksual yang berulang terhadap kanak-kanak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

TikToker transgender terkenal Australia hadapi tuduhan amang seksual kanak-kanak
Foto: TikToker transgender terkenal Australia, Rachel Queen Burton.
  • TikToker transgender, Rachel Queen Burton, 44, menghadapi lapan pertuduhan amang seksual melibatkan kanak-kanak.
  • Pertuduhan termasuk mengeluarkan bahan lucah menggunakan kanak-kanak dan perbuatan tidak senonoh.
  • Pihak pendakwa menangguhkan kes Burton selama 10 minggu untuk menjalankan analisis elektronik ke atas komputer ribanya.
  • Perbicaraan mengenai pertuduhan itu dijangka akan berlangsung pada Disember depan.

Seorang TikToker transgender terkenal di Australia berdepan pelbagai pertuduhan berkaitan penderaan seksual yang berulang terhadap kanak-kanak.

Rachel Queen Burton, 44, dituduh melakukan jenayah, termasuk mengeluarkan bahan lucah menggunakan kanak-kanak dan perbuatan tidak senonoh.

Secara keseluruhannya, Burton menghadapi lapan pertuduhan, kesemuanya melibatkan mangsa kanak-kanak yang berulang kali didera sepanjang 2019. 

Jenayah itu dilakukan di negeri selatan Australia dan Burton dilaporkan berasal dari wilayah utara Australia.

Kes Burton pertama kali dilaporkan The Advertiser yang merujuk Burton sebagai “wanita” dan menggunakan kata ganti nama perempuan untuknya.

Dengan lebih 36,000 pengikut di TikTok, Burton menggambarkan dirinya sebagai “wanita trans yang bangga” yang “menjalani kehidupan terbaik tanpa penyesalan.”

Nama kelahirannya masih belum dapat dipastikan, tetapi yang jelas Burton adalah bapa kepada empat orang anak, yang nama mereka ditatukan pada dadanya. 

Dia tidak pernah dilihat tinggal bersama anak-anaknya sejak tahun lalu, iaitu ketika akaun TikToknya dilancarkan.

Penangkapan Burton disedari pengikutnya apabila mereka tidak lagi melihat sebarang kandungan dimuatnaik ke akaunnya secara tiba-tiba pada Jun, iaitu selepas dia ditahan polis.

Walaupun pihak pendakwa menangguhkan kes Burton selama 10 minggu untuk menjalankan analisis elektronik ke atas komputer ribanya, peguambela beliau membantah atas sebab Burton ditahan selama empat bulan sementara menunggu perbicaraan. 

Burton belum membuat pengakuan atas mana-mana pertuduhan.

Majistret Simon Smart memilih untuk menahan reman Burton. Perbicaraan mengenai pertuduhan itu dijangka akan berlangsung pada Disember. 

Buat masa ini, tidak diketahui sama ada dia akan ditempatkan di penjara lelaki atau wanita tetapi undang-undang Australia terkenal dengan kelonggaran mengenai pengenalan diri jantina.

Undang-undang pengenalan diri jantina di penjara menjadi topik perbincangan penting di Australia berikutan bantahan banduan wanita terhadap lelaki transgender yang dipenjarakan bersama mereka atas faktor keselamatan.

Reference: Reduxx

Author