Connect with us

Terkini

Tiada cuaca buruk luar biasa penghujung Oktober ini – MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan dakwaan video tular berhubung jangkaan cuaca buruk luar biasa yang akan berlaku pada penghujung Oktober 2022.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tiada cuaca buruk luar biasa penghujung Oktober ini - MetMalaysia
Foto: Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah.
  • Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) nafi dakwaan video tular berhubung jangkaan cuaca buruk luar biasa akan berlaku penghujung Oktober 2022.
  • Melalui pemantauan terkini, keadaan cuaca di negara ini sedang dipengaruhi penumpuan angin di Semenanjung, utara Sarawak serta barat Sabah dan sehingga penghujung bulan Oktober tahun ini.
  • Situasi itu berpotensi menyebabkan keadaan cuaca lembap di kebanyakan negeri.
  • “MetMalaysia akan terus memantau dan memaklumkan perubahan cuaca signifikan dari masa ke masa.”

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan dakwaan video tular berhubung jangkaan cuaca buruk luar biasa yang akan berlaku pada penghujung Oktober 2022.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, melalui pemantauan terkini, keadaan cuaca di negara ini sedang dipengaruhi oleh penumpuan angin di Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah dan sehingga penghujung bulan Oktober tahun ini.

Menurut kenyataan tersebut, situasi itu berpotensi menyebabkan keadaan cuaca lembap di kebanyakan negeri.

“Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan ramalan cuaca signifikan pada 23 Oktober (Ahad).

“Pada masa yang sama, satu sistem tekanan rendah berbentuk di barat Filipina dan dijangka bergerak ke arah barat serta barat laut menjauhi rantau negara,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video di aplikasi media sosial yang mendakwa bahawa jangkaan cuaca buruk luar biasa akan berlaku pada penghujung Oktober 2022.

Bagaimanapun, tambah kenyataan berkenaan, kewujudan sistem itu didapati memberi sedikit kesan terhadap keadaan laut.

“Oleh itu, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori Pertama telah dikeluarkan pada jam 12.30 tengah hari, 24 Oktober 2022 (Isnin) dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 km/jam dan ketinggian ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang dalam tempoh Khamis, 27 Oktober sehingga Ahad, 30 Oktober ini.

“MetMalaysia akan terus memantau dan memaklumkan perubahan cuaca signifikan dari masa ke masa,” kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca melalui laman web MET Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi serta Hotline di talian 1-300-22-1638.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *