Connect with us

Terkini

Mahu tegakkan kesaksamaan jantina, Cleopatra umum bertanding di Parlimen Batu

Pempengaruh media sosial, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Cleopatra bakal bertanding di kerusi Parlimen Batu untuk menegakkan kesaksamaan jantina pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mahu tegakkan kesaksamaan jantina, Cleopatra umum bertanding di Parlimen Batu
Foto: Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Cleopatra, Sumber Berita Harian.
  • Pempengaruh media sosial, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Cleopatra bakal bertanding di kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
  • Cleopatra berkata menjadi calon bebas akan memberinya kelonggaran dan keistimewaan bersuara berhubung perkara benar-benar dipercayainya dan realistik dicapai.
  • “Saya berusaha untuk melihat kesaksamaan jantina. Tiada yang lelaki boleh buat, wanita tidak boleh lakukan,” kata Cleopatra.

PETALING JAYA: Pempengaruh media sosial, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Cleopatra bakal bertanding di kerusi Parlimen Batu untuk menegakkan kesaksamaan jantina pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Cleopatra berkata menjadi calon bebas akan memberinya kelonggaran dan keistimewaan untuk bersuara berhubung perkara yang benar-benar dipercayainya dan realistik untuk dicapai.

“Saya berusaha untuk melihat kesaksamaan jantina. Tiada yang lelaki boleh buat, wanita tidak boleh lakukan.

“Wanita masa kini setanding dengan lelaki dari segi kebolehan dan kemampuan. Saya akan bekerja keras untuk memastikan hak sama rata,” katanya dipetik The Star.

Cleopatra berkata, jika menang, beliau akan cuba menangani masalah komuniti setempat membabitkan peniaga dan masalah ‘connectivity’  komuter di kawasan itu.

Katanya, beliau juga akan memberikan tumpuan kepada isu kesesakan berhampiran flat PPR dan peningkatan aktiviti ekonomi.

Difahamkan, peguam dan aktivis sosial kontroversi, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim juga merancang untuk bertanding di Parlimen Batu.

Pada PRU14, calon Bebas, P.Prabakaran memenangi kerusi P115 Batu dengan majoriti 24,438 undi sebelum menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Prabakaran mengalahkan Dominic Lau Hoe Chai dari Barisan Nasional (BN), Azhar Yahya dari PAS dan VM Panjamothy dari Bebas.

Sumber: The Star

 

Author