Antarabangsa
Kritik tindakan guru tarik hijab murid, pemenang Olimpik AS disaman
Pemenang pingat Olimpik dari Amerika Syarikat (AS) dalam acara lawan pedang, Ibtihaj Muhammad disaman seorang guru kerana didakwa memfitnah guru terbabit melalui hantaran media sosial berhubung dakwaan guru terbabit menarik hijab seorang pelajarnya, demikian lapor Middle East Eye.
- Pemenang pingat Olimpik dari Amerika Syarikat (AS), Ibtihaj Muhammad disaman seorang guru kerana didakwa memfitnah guru terbabit menarik tudung pelajarnya.
- Guru itu, Tamar Herman didakwa menarik tudung pelajarnya kebelakang sambil menyentuh muka dan rambutnya, sekali gus mendedahkan rambut pelajar itu di dalam kelas.
- Ibu kepada pelajar itu menulis dakwaan itu di Facebook dan mendorong Ibtihaj mengkritik tindakan itu sebagai Islamofobia menerusi hantarannya di Instagram.
Pemenang pingat Olimpik dari Amerika Syarikat (AS) dalam acara lawan pedang, Ibtihaj Muhammad disaman seorang guru kerana didakwa memfitnah guru terbabit melalui hantaran media sosial berhubung dakwaan guru terbabit menarik hijab seorang pelajarnya, demikian lapor Middle East Eye.
Insiden itu berlaku pada Oktober 2021, apabila kanak-kanak berusia tujuh tahun terbabit memberitahu ibunya bahawa gurunya, Tamar Herman menarik tudungnya kebelakang sambil menyentuh muka dan rambutnya, sekali gus mendedahkan rambut pelajar itu di dalam kelasnya.
Ibu kepada pelajar itu kemudiannya menulis dakwaan itu di Facebook dan mendorong Ibtihaj mengkritik tindakan itu sebagai Islamofobia menerusi hantarannya di Instagram yang menjadi tular.
Bagaimanapun, selepas tular, hantaran Instagram Ibtihaj telah dipadamkan.
Menurut Herman yang juga seorang guru sekolah di New Jersey, dia diarah menjalani cuti pentadbiran, terpaksa berpindah dari rumahnya selepas didakwa dipulaukan komunitinya dan memerlukan perlindungan polis ekoran hantaran media sosial Ibtihaj, demikian menurut tuntutan mahkamah yang dibacakan.
Tuntutan itu juga mendakwa bahawa Ibtihaj “secara sedar, berniat jahat dan sengaja” menyiarkan kenyataan palsu dan berbahaya mengenai Herman.
Sumber: Middle East Eye
Antarabangsa
Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
- Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
- Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.
“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.
Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.
Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.
Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times
-
Kolumnis3 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini4 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR
-
Antarabangsa3 days ago
Harta benda komuniti Muslim di Telangana diserang dan dibakar perusuh