Terkini
“Kalau dulu kita tidak ‘check’ perkara ini, …kali ini kita akan periksa,” – PM
“Kalau dulu kita tidak ‘check’ perkara ini, …kali ini kita akan periksa,” demikianlah kata Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berhubung saringan status calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan pejabat agama.

- “Kalau dulu kita tidak ‘check’ perkara ini, …kali ini kita akan periksa,” demikianlah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berhubung saringan status calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan pejabat agama.
- Semakan dengan pejabat agama merupakan sebagai tambahan kepada saringan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia.
- Selain itu, tiada keperluan untuk tiga calon Perdana Menteri mewakili tiga gabungan utama parti untuk berdebat kerana ia tidak mendatangkan apa-apa hasil.
- Anwar dalam Program Jelajah PH Pahang di Mentakab mencadangkan supaya debat itu perlu memfokuskan kepada soal dasar dan perancangan bukan berbentuk tuduhan serta dakwaan.
KUALA LUMPUR – “Kalau dulu kita tidak ‘check’ perkara ini, …kali ini kita akan periksa,” demikianlah kata Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berhubung saringan status calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan pejabat agama.
Semakan dengan pejabat agama merupakan sebagai tambahan kepada tapisan yang ditetapkan sebelum ini dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia.
Ismail Sabri, berkata, langkah itu kali pertama diperkenalkan dalam PRU kali ini kerana parti tidak mahu sebarang masalah berbangkit melibatkan calon berhubung dengan pejabat agama.
Beliau mengulas mengenai tahap tapisan untuk calon BN bagi PRU15.
Dalam perkembangan lain, tambah beliau, tiada keperluan untuk tiga calon Perdana Menteri mewakili tiga gabungan utama parti untuk berdebat kerana ia tidak mendatangkan apa-apa hasil.
“Bukan budaya kita debat ini, tidak pernah dibuat dan dan tidak mendatangkan hasil,” katanya ketika mengulas cadangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diadakan debat terbuka tiga calon Perdana Menteri mewakili PH, Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) menjelang PRU15.
Anwar dalam Program Jelajah PH Pahang di Mentakab mencadangkan hal tersebut supaya perbahasan itu perlu memfokuskan kepada soal dasar dan perancangan bukan berbentuk tuduhan serta dakwaan.
Tambah Ismail Sabri lagi, sekiranya debat terbuka itu dibenarkan akan dijadikan tempat untuk calon menabur janji dan manifesto.
“Bulan dan bintang pun dia akan sebut jadi tidak perlu dan selama ini kita bentuk kerajaan berdasarkan kepercayaan rakyat bukan satu jam debat itu.
“Saya tidak perlu berdebat sebelum pilihan raya dan kita sibuk di kawasan masing-masing,” katanya.
Sumber: Berita Harian

You must be logged in to post a comment Login