Connect with us

Komuniti

Selangor kekalkan pemakaian pelitup muka di masjid dan surau

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah menyembah maklum beberapa syor mengenai pemakaian pelitup muka di masjid dan surau di negeri ini kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Mohd Shahzihan (kiri) mengiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (dua dari kiri) pada Majlis Perasmian dan Pembukaan Masjid Raja Lumu Pekan Lama, sumber Sinar Harian.
  • JAIS  telah menyembah maklum beberapa syor pemakaian pelitup muka di masjid dan surau di Selangor kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
  • Cadangan itu meliputi SOP atau langkah alternatif mengambil kira keselamatan dan keselesaan semua pihak.
  • “Pemakaian pelitup muka masih kekal di masjid dan surau di Selangor sehingga perkenan Sultan Selangor untuk ketetapan baharu,” – Pengarah JAIS.

KUALA SELANGOR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah menyembah maklum beberapa syor mengenai pemakaian pelitup muka di masjid dan surau di negeri ini kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, beberapa cadangan itu meliputi prosedur operasi standard (SOP) atau langkah alternatif dengan mengambil kira keselamatan dan keselesaan semua pihak.

“JAIS mengambil maklum pengumuman terbaharu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai pemakaian pelitup muka,” katanya pada Majlis Perasmian dan Pembukaan Masjid Raja Lumu Pekan Lama di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun, Mohd Shahzihan memberitahu, pemakaian pelitup muka masih kekal di masjid dan surau di negeri ini sehingga perkenan Sultan Sharafuddin untuk ketetapan baharu.

Menurut beliau, pihaknya akan memaklumkan produser operasi standard (SOP) atau ketetapan terkini itu selepas mendapat perkenan Istana Selangor.

Pada Rabu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup kini atas pilihan berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa Covid-19 dalam negara serta penilaian semasa yang dilakukan kementeriannya.

Bagaimanapun, pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau membuat pilihan sendiri.

Dalam pada itu, Mohd Shahzihan berkata, JAIS turut mempersembahkan kepada Sultan Sharafuddin berkaitan ajaran sesat Hadi Minallah.

“Tiada (penahanan ahli kumpulan) dan perkara itu sudah disembah maklum kepada baginda,” ujarnya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary mendedahkan bahawa penyebaran ajaran sesat itu turut dikesan di Selangor, Johor dan Kedah.

Sumber : Sinar Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending