Connect with us

Terkini

Sah Sungai Rambai PD ada DNA Babi

Sinar Harian pada Isnin melaporkan Sungai Rambai di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan menjadi satu-satunya sungai di Malaysia, menghuni tangga teratas sungai tercemar di Kelas Lima berdasarkan Standard Kualiti Air Kebangsaan bagi tempoh dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2019 dan 2020.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sah Sungai Rambai PD ada DNA Babi
Foto: Air berwarna merah di Sungai Rambai.
  • Sinar Harian membongkar misteri penemuan air berwarna merah di dalam longkang yang mengalir ke Sungai Rambai mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
  • Tahap pencemaran sungai itu juga sangat tinggi di mana koliform najis di dalam sungai adalah sebanyak 6.4 juta colony forming unit (cfu)/100 mililiter (ml) iaitu nilai mengatasi Kelas Lima, Standard Kualiti Air Kebangsaan.
  • Nilai Bakteria Escherichia Coli (E. Coli) juga menjangkau 1.8 juta cfu/100ml dan langsung tidak sesuai untuk sentuhan manusia kerana nilai bakteria sangat tinggi dan boleh mendatangkan risiko patogenik kepada manusia.
  • Jabatan Veterinar Negeri Sembilan telah mengeluarkan notis menghentikan aktiviti penternakan kepada penternak babi tidak berlesen berhampiran Sungai Rambai, Lukut di Port Dickson beberapa bulan lepas susulan kejadian penyakit Demam Babi Afrika (ASF) dan pencemaran di sungai berkenaan.

SEREMBAN – Sinar Harian pada Isnin melaporkan Sungai Rambai di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan menjadi satu-satunya sungai di Malaysia, menghuni tangga teratas sungai tercemar di Kelas Lima berdasarkan Standard Kualiti Air Kebangsaan bagi tempoh dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2019 dan 2020.

Media itu turut  membongkar misteri penemuan air berwarna merah di dalam longkang yang mengalir ke Sungai Rambai, terjawab selepas laporan analisis makmal diperoleh.

Dua minggu tempoh masa diambil untuk menanti keputusan ujian sampel dan sebaik menerima keputusan ujian itu, ternyata lokasi mengalir air berwarna merah dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi manakala di Sungai Rambai berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tanah Merah Site A tidak dapat dikesan berkemungkinan ianya sudah terurai.

Tahap pencemaran sungai itu juga sangat tinggi di mana koliform najis di dalam sungai adalah sebanyak 6.4 juta colony forming unit (cfu)/100 mililiter (ml) iaitu nilai mengatasi Kelas Lima, Standard Kualiti Air Kebangsaan.

Nilai Bakteria Escherichia Coli (E. Coli) juga menjangkau 1.8 juta cfu/100ml dan langsung tidak sesuai untuk sentuhan manusia kerana nilai bakteria sangat tinggi dan boleh mendatangkan risiko patogenik kepada manusia.

Jabatan Veterinar Negeri Sembilan telah mengeluarkan notis supaya menghentikan aktiviti penternakan kepada penternak babi tidak berlesen berhampiran Sungai Rambai, Lukut di Port Dickson beberapa bulan lepas susulan kejadian penyakit Demam Babi Afrika (ASF) dan pencemaran di sungai berkenaan.

Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir berkata, malah isu berkenaan masih dalam perhatian pihaknya dan ia menjadi antara keutamaan untuk diselesaikan.

“Kita juga sudah menubuhkan satu jawatankuasa khas berhubung kes ini dan sedang merangka untuk mengambil tindakan pembersihan serta pemusnahan kandang babi berkenaan mengikut lunas undang-undang.

“Justeru tindakan lanjut akan diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri minggu depan dengan mengambil kira pelbagai sudut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2020 juga meletakkan sembilan lagi sungai tercemar berada pada Kelas Empat antaranya lima di Johor, dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Melaka, Selangor/Kuala Lumpur.

Sejumlah 24 lagi sungai berdasarkan laporan itu berada di Kelas Tiga iaitu sederhana tercemar, merangkumi sungai di tujuh negeri di Pantai Barat Semenanjung iaitu Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Selangor/Kuala Lumpur.

Sumber : Sinar Harian

Author