Connect with us

Terkini

Rejim Israel layan warga Palestin sama seperti Nazi ketika Holocaust – Tinjauan di Jerman

Tinjauan dijalankan sebuah yayasan di Jerman, Bertelsmann Stiftung mendapati lebih satu pertiga rakyat Jerman percaya layanan rejim Israel terhadap warga Palestin pada dasarnya sama dengan pembunuhan beramai-ramai dilakukan Nazi terhadap Yahudi semasa peristiwa Holocaust.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rejim Israel layan warga Palestin sama seperti Nazi ketika Holocaust - Tinjauan di Jerman
Foto: Markus Schreiber / AP.
  • Lebih dari satu pertiga rakyat Jerman percaya layanan Israel terhadap warga Palestin sama dengan pembunuhan beramai-ramai dilakukan Nazi terhadap Yahudi semasa peristiwa Holocaust.
  • 24 peratus responden Jerman merasakan orang Yahudi mempunyai terlalu banyak pengaruh di dunia.
  • Tinjauan itu juga mendapati terdapatnya hubungkait antara tahap pendidikan rendah dan prasangka terhadap Israel dan Yahudi.
  • 82 peratus responden juga bersetuju dengan kenyataan bahawa “Yahudi secara semula jadinya milik Jerman”.

Tinjauan dijalankan sebuah yayasan di Jerman, Bertelsmann Stiftung mendapati lebih satu pertiga rakyat Jerman percaya layanan rejim Israel terhadap warga Palestin pada dasarnya sama dengan pembunuhan beramai-ramai dilakukan Nazi terhadap Yahudi semasa peristiwa Holocaust.

Ketika responden ditanya pendapat mengenai kenyataan, “Apa dilakukan Israel terhadap Palestin hari ini pada dasarnya tidak berbeza dengan apa dilakukan Nazi terhadap orang Yahudi di Reich Ketiga,” sebanyak 36 peratus responden amat bersetuju, 40 peratus tidak bersetuju dan 25 peratus lagi mengatakan mereka tidak tahu. 

Tinjauan itu juga mendapati 24 peratus responden Jerman bersetuju orang Yahudi mempunyai terlalu banyak pengaruh di dunia, 62 peratus tidak bersetuju dengan kenyataan itu dan selebihnya memberi respon yang mereka tidak tahu.

Tinjauan itu juga mendapati terdapatnya hubungkait antara tahap pendidikan rendah dan prasangka terhadap Israel dan Yahudi.

“Dalam perkaitan yang boleh dibuktikan di antara pendidikan dan prasangka anti-semitik, kami memerlukan pelaburan tambahan dalam kerja pendidikan dan pencerahan pada masa hadapan,” kata ketua kajian, Joachim Rother.

Tinjauan itu juga mendapati majoriti besar iaitu 82 peratus bersetuju dengan kenyataan bahawa “Yahudi secara semula jadinya milik Jerman”, 13 peratus responden tidak bersetuju dan 5 peratus lagi tidak tahu.

Kajian dijalankan Yayasan Bertelsmann Stiftung pada 2021 itu diterbitkan pada Jumaat lalu membabitkan 1,270 responden warga Jerman dan 1,370 responden warga Israel dengan pelbagai soalan kajian mengenai pandangan mereka terhadap negara satu sama lain serta peranan Holocaust dalam perhubungan itu. 

Tinjauan juga mendapati warga Israel lebih menghormati warga Jerman berbanding sebaliknya.

Sumber: Times of Israel

Author