Connect with us

Terkini

Jual gambar bogel, akaun ‘Dark Side’ di Twitter dipenuhi golongan remaja

“Seramnya dak-dak Twitter zaman sekarang. Ada isteri orang pun jadi Dark Side juga. Contact balik Ex untuk berasmara dan, buat video lucah dan sebagainya.”

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jual gambar bogel, akaun ‘Dark Side’ di Twitter dipenuhi golongan remaja
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pendedahan itu dibuat pengguna Facebook bernama Cikgu Fadli Salleh pada Selasa.
  • ‘Dark Side’ satu platform menunjukkan sisi gelap seorang pengguna sosial, di mana pengguna tersebut mempunyai satu lagi akaun Twitter yang memaparkan dirinya 180 darjah berbeza daripada dirinya di dunia realiti.
  • Menerusi platform tersebut gambar bogel dijual, panggilan video lucah dan menggairahkan, teks lucah, bahkan ramai di antara mereka berakhir di ranjang.
  • “Ramai anak-anak remaja di sekolah menengah, penuntut IPTA/IPTS dan anak-anak gadis Melayu ini bangsa DS.” 
  • “Ada isteri orang pun jadi DS juga. Contact balik Ex untuk berasmara dan, buat video lucah dan sebagainya.” 
  • “Mereka bangga tunjukkan ‘dark side’ mereka. Bangga bertukar pasangan, amal seks bebas dan songsang.”

KUALA LUMPUR – “Seramnya dak-dak Twitter zaman sekarang. Ada isteri orang pun jadi Dark Side juga. Contact balik Ex untuk berasmara dan, buat video lucah dan sebagainya.”

Seorang pengguna Facebook Cikgu Fadli Salleh mendedahkan di Twitter hari ini di mana platform yang menjadi ‘lubuk’ anak muda bermain media sosial berbanding platform lain itu telah berlaku penyalahgunaan media sosial yang amat teruk dengan kewujudan akaun ‘Dark Side’.

Difahamkan akaun ‘Dark Side’ merupakan satu platform yang menunjukkan sisi gelap seorang pengguna sosial, di mana pengguna tersebut mempunyai satu lagi akaun Twitter yang memaparkan dirinya 180 darjah berbeza daripada dirinya di dunia realiti.

Menurut Cikgu Fadli atau Mohd Fadli Salleh, pada awalnya beliau tercari-cari akan masuk ‘DS’ perkataan yang diringkaskan daripada ‘Dark Side’ dan berfikir berkemungkinan ia ada kaitan dengan dropship atau sebagainya namun hasil penemuannya sangatlah mengejutkan apabila beliau mengetahui makna dan kegiatan disebalik DS.

FB Cikgu Fadli Salleh

Katanya, lebih merisaukan apabila ramai anak-anak remaja di sekolah menengah, penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan anak-anak gadis Melayu terjebak dengan platform kotor itu.

“Setelah lama menggali, akhirnya aku jumpa jawapan. Rupanya DS ni merujuk kepada Dark Side. Ramai anak-anak remaja di sekolah menengah, penuntut IPTA/IPTS dan anak-anak gadis Melayu ni bangsa DS.

Biasanya mereka buat satu fake account dan paparkan sisi gelap mereka. Biasanya berkenaan dengan seksual,” katanya pada Selasa.

Tambah beliau, menerusi platform tersebut pengguna media sosial menjual gambar bogel, membuat panggilan video lucah dan mengghairahkan serta teks lucah, bahkan ramai di antara mereka juga berakhir di ranjang.

“Ada yang tak jual tubuh, tapi suka sama suka. Kenal sejam kat Twitter, terus ajak check in hotel. Esoknya ulang lagi dengan orang lain pula. Mereka tak nak ada komitmen hubungan boyfriend/girlfriend. Hubungan suami isteri jauh sekali.

Mereka hanya nakkan kepuasan. Kau puas, aku puas, so kita fine. Gilerrr lah,”katanya.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan kerana terdapat juga wanita bergelar isteri yang kembali menghubungi bekas kekasih mereka untuk berasmara bahkan membuat video lucah dan sebagainya.

“Sampai tahap ini dah ke teruk generasi kita? Dah macam tak ada agama. Dan macam kat Amerika. Open sungguh cakap bab seks,” katanya yang jelas kesal berikutan terdapat juga remaja berusia 13 hingga 14 tahun turut berkeinginan untuk terjebak dalam perkara negatif itu.

Satu hal yang menyedihkan, apabila beliau turut berkata bahawa golongan yang terjebak dalam kegiatan haram ini sebenarnya bangga dengan perkara itu.

“Mereka bangga tunjukkan ‘dark side’ mereka. Bangga bertukar pasangan, amal seks bebas dan songsang.

Entah macam mana nak bendung gejala ini. Semoga ada cara dapat bendung gejala DS ini dari terus berleluasa.

Apa nasib anak bangsa dan generasi kita bila benda ni berterusan?” kata Cikgu Salleh yang sebelum ini dikenali bersuara lantang dalam menyuarakan nasib guru dan pelajar di media sosial namun hari ini mendedahkan sesuatu mengejutkan tentang sisi gelap pengguna Twitter yang berkemungkinan tidak semua ketahui lagi.

Sumber : Facebook Cikgu Fadli Salleh

Author