Terkini
Buka akaun ‘dark side’ nak kumpul duit beli iPhone
Seorang pengguna Twitter mendakwa ramai anak muda sanggup membuka akaun ‘dark side’ atau platform pelacuran moden yang menawarkan perkhidmatan ‘melacur’ secara dalam talian semata-mata untuk hidup mewah selain keinginan memiliki telefon pintar berjenama seperti iPhone.

- Seorang pengguna Twitter mendakwa ramai anak muda sanggup membuka akaun ‘dark side’ atau platform pelacuran moden yang menawarkan perkhidmatan ‘melacur’ secara dalam talian semata-mata untuk hidup mewah selain keinginan memiliki telefon pintar berjenama seperti iPhone.
- Dia menerusi satu ciapan semalam, meluahkan rasa kesal dan kecewa melihat generasi muda yang mula tersesat angkara taksub dengan kehidupan seperti ‘orang kaya’ sehingga sanggup menjadi ‘hamba wang’.
- “Ramai anak muda sanggup jadi pencipta kandungan 18SX kerana cara itu cepat jadi kaya.
- “Kerana nak pakai jenama telefon pintar iPhone, nak pakai barang berjenama, nak ambil gambar Instagram di tempat mahal. Ia menjadi satu isu yang semakin membarah dalam masyarakat,” ciapnya.
PETALING JAYA – Seorang pengguna Twitter mendakwa ramai anak muda sanggup membuka akaun ‘dark side’ atau platform pelacuran moden yang menawarkan perkhidmatan ‘melacur’ secara dalam talian semata-mata untuk hidup mewah selain keinginan memiliki telefon pintar berjenama seperti iPhone.
Dia menerusi satu ciapan semalam, meluahkan rasa kesal dan kecewa melihat generasi muda yang mula tersesat angkara taksub dengan kehidupan seperti ‘orang kaya’ sehingga sanggup menjadi ‘hamba wang’.
“Ramai anak muda sanggup jadi pencipta kandungan 18SX kerana cara itu cepat jadi kaya.
“Tengok dekat Twitter sudah cukup, sebab gesaan rakan sebaya untuk capai standard kehidupan tertentu.
“Kerana nak pakai jenama telefon pintar iPhone, nak pakai barang berjenama, nak ambil gambar Instagram di tempat mahal. Ia menjadi satu isu yang semakin membarah dalam masyarakat,” ciapnya.
Selain ingin hidup mewah, individu tersebut turut mengakui ada segelintir daripada pemilik akaun ‘dark side’ ini terpaksa melakukan kerja sedemikian semata-mata untuk kelangsungan hidup mereka.
“Ada yang buat demi kelangsungan hidup. Cuma untuk pergi serendah itu, ia sangat merisaukan,” katanya.
Dalam pada itu, orang ramai turut memberi pelbagai reaksi berkaitan isu ini, malah ada yang beranggapan aktiviti pelacuran sudah semakin berleluasa dan mudah untuk diakses melalui media sosial.
“Kalau dulu nak melacur cari bilik gelap, lorong-lorong, sekarang post (muat naik hantaran) di media sosial terbuka sana, dedah sana dah boleh dapat duit,” komen seorang pengguna.
Sumber: Kosmo Online
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini23 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak