Connect with us

Terkini

Hina Perdana Menteri, Lokman Adam akan dituduh di mahkamah hari ini

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam akan dituduh di mahkamah, esok, kerana didakwa menghina kerajaan dan Perdana Menteri.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hina Perdana Menteri, Lokman Adam akan dituduh di mahkamah hari ini
Foto: Datuk Lokman Noor Adam.
  • Datuk Lokman Noor Adam iaitu bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan dituduh di mahkamah hari ini kerana hina Perdana Menteri
  • Tuduhan akan dibuat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Mahkamah Sesyen Jenayah (SIber) Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi.
  • Beliau dituduh membabitkan dua kes yang disiasat mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • Kes itu membabitkan penghantaran video berniat jahat dan kenyataan menghina kerajaan dan Perdana Menteri melalui Facebook.
  • Ia susulan rasa tidak puas hati selepas Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan 12 tahun.

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam akan dituduh di mahkamah, esok, kerana didakwa menghina kerajaan dan Perdana Menteri.

Bukit Aman menerusi satu pemakluman hari ini, berkata pertuduhan akan dibuat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Mahkamah Sesyen Jenayah (Siber) Kuala Lumpur di sini, pada jam 9.30 pagi.

“Lokman akan berdepan pertuduhan membabitkan dua kes yang kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Dua kes itu membabitkan penghantaran video berniat jahat dan kenyataan menghina kerajaan dan Perdana Menteri melalui akaun Facebook Lokman Noor Adam Official,” katanya.

Lokman sebelum ini dilaporkan melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan 12 tahun susulan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atasnya berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Sumber : Berita Harian

 

Author