Antarabangsa
Gara-gara tidak fasih berbahasa Inggeris, kanak-kanak ditumbuk, seluar dilondeh
Gara-gara tidak fasih berbahasa Inggeris seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dikatakan telah berulang kali dibuli, ditolak dan ditumbuk oleh empat rakan sekelasnya sejak Ogos tahun lalu.

- Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun didakwa telah dibuli berulang kali oleh empat rakan sekelasnya sejak Ogos tahun lalu.
- Kanak-kanak itu tidak tahan dengan keadaan tersebut namun bertegas tidak mahu ibunya mengadu kepada pihak sekolah.
- Susulan tiada tindakan diambil, semakin teruk dia dibuli sehingga dahi bengkak ditolak ke dinding bahkan kaki telah disandung sehingga menyebabkan siku dan lutut lebam.
- Selepas kejadian itu, ibu mangsa mendapat emel berisi penjelasan dari pihak sekolah dan permohonan maaf daripada ibu para pembuli namun tidak lama kemudian anaknya masih dicederakan mereka.
- Seluar budak lelaki itu hampir 10 kali dilondeh, malah mereka juga menumbuknya hingga berdarah.
- Ibu kanak-kanak tersebut akhirnya buat laporan polis dan pihak sekolah antarabangsa itu juga menegaskan bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan kes buli.
SINGAPURA – Gara-gara tidak fasih berbahasa Inggeris seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dikatakan telah berulang kali dibuli, ditolak dan ditumbuk oleh empat rakan sekelasnya sejak Ogos tahun lalu.
Berikutan itu, ibu kanak-kanak tersebut yang mahu dikenali sebagai Puan Ma telah membuat laporan polis selepas anaknya mengalami kecederaan pada bahagian muka.
Difahamkan, wanita berusia 40 tahun itu yang juga seorang pengurus bank bersama keluarganya baru berpindah dari China ke Singapura dan telah menghantar kanak-kanak tersebut ke sebuah sekolah antarabangsa.
“Anak sulung saya telah diusik oleh empat rakan sekelas kerana tidak fasih berbahasa Inggeris sejak Ogos lalu (2021). Lepas itu anak saya dibuli dengan ditolak serta dimaki hamun oleh mereka,” kata Puan Ma, memetik daripada Shin Min Daily News.
Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki itu tidak mahu Puan Ma mengadu perkara tersebut kepada pihak sekolah sementara anaknya berterusan dibuli sehingga bulan Februari di mana belakang tubuh anaknya mengalami calar.
Sekalipun, kanak tersebut tidak tahan dengan keadaan itu namun ia masih bertegas tidak mahu ibunya mengadu kepada pihak sekolah.
Susulan tiada tindakan diambil, anaknya semakin teruk dibuli sehingga dahi bengkak gara-gara ditolak ke dinding dalam satu kejadian pada 3 Jun lalu. Bahkan, rakan sekelas tersebut turut didakwa telah menyandung kaki anak Puan Ma sehingga menyebabkan siku dan lutut lebam.
Kata Puan Ma, selepas kejadian itu dia telah menerima emel daripada pihak sekolah yang menjelaskan keadaan tersebut. Malah, ibu bapa kepada pelajar-pelajar yang terkait turut memohon maaf dan membuatkan Puan Ma bertenang sedikit.
Bagaimanapun, sekali lagi anaknya dibuli oleh mereka.

Foto: Sumber Shin Min Daily News FB.
Lebih teruk, bukan sahaja empat rakan sekelas itu didakwa menarik seluar budak lelaki itu berulang kali, tetapi mereka juga menumbuknya sehingga berlaku pendarahan. Menurut Puan Ma, seluar anaknya ditarik hampir 10 kali pada 29 Ogos kira-kira jam 8.10 pagi.
Kejadian terbabit berlaku di pelbagai lokasi sekolah seperti di bilik darjah, padang, pintu masuk tandas, kantin dan koridor serta ia sering berlaku ketika ketiadaan guru pada hari terbabit.
Tidak lagi bertahan dengan keadaan itu, Puan Ma akhirnya membuat laporan polis dan ia telah disahkan pihak polis. Difahamkan kes itu kini masih dalam siasatan.
Bimbang nama akan tercalar disebabkan kes buli itu, pihak sekolah antarabangsa terkait memaklumkan bahawa pihak mereka tidak akan bertolak ansur dalam kes seperti itu serta menyatakan keselamatan dan kebajikan pelajar merupakan keutamaan mereka.
Antarabangsa
Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

- Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
- Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
- Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
- Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.
Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.
Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.
Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.
Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.
Sumber: Buletin TV3
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah