Antarabangsa
China lakukan genosid, PBB perlu resolusi kutuk penindasan Beijing terhadap etnik Uyghur
Lima tahun lalu, kumpulan hak asasi manusia mula memberi amaran terhadap tindakan China yang sedang membina kem tahanan bagi etnik minoriti Islam Uyghur yang majoritinya berada di wilayah barat laut Xinjiang.

- Lima tahun lalu, kumpulan hak asasi manusia mula memberi amaran terhadap tindakan China yang sedang membina kem tahanan bagi etnik minoriti Islam Uyghur yang majoritinya berada di wilayah barat laut Xinjiang.
- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerbitkan laporan yang mengatakan dasar Kerajaan China “mungkin merupakan jenayah antarabangsa, khususnya jenayah terhadap kemanusiaan”.
- “Tragedi sebenar semua ini ialah Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah gagal untuk menegakkan misi asasnya iaitu untuk melindungi hak asasi manusia,” kata pakar China di Institut Teknologi Rose-Hulman, Timothy Grose.
- PBB boleh mengundi resolusi untuk secara rasmi mengutuk penindasan Beijing terhadap etnik Uyghur.
- Tetapi mereka mungkin tidak mempunyai cukup undi untuk meluluskannya susulan China mempunyai sekutu dalam majlis itu dan negara itu sendiri adalah ahlinya.
Lima tahun lalu, kumpulan hak asasi manusia mula memberi amaran terhadap tindakan China yang sedang membina kem tahanan bagi etnik minoriti Islam Uyghur yang majoritinya berada di wilayah barat laut Xinjiang.
Tiga tahun lalu, kertas didedahkan dari dalam Kerajaan China membuktikan dakwaan etnik Uyghur terhadap sistem penahanan besar-besaran dilakukan pihak kerajaan.
Dua tahun lalu, pakar menunjukkan China juga menjadikan etnik Uyghur sebagai buruh paksa dan menjalani pensterilan paksa.
Setahun lalu, Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan krisis itu sebagai genosid (pembunuhan beramai-ramai).
Presiden Joe Biden juga menandatangani Akta Pencegahan Buruh Paksa Uyghur, yang meletakkan tanggungjawab kepada pengimport untuk menunjukkan bahawa rantaian bekalan produk bebas daripada buruh paksa, menjadi undang-undang.
Kini, akhirnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerbitkan laporan yang mengatakan dasar Kerajaan China “mungkin merupakan jenayah antarabangsa, khususnya jenayah terhadap kemanusiaan”.
Laporan itu tidak menokok tambah perkara baru terhadap apa yang telah diketahui mengenai krisis itu, yang diabaikan untuk memanggil krisis sebagai genosid dan beberapa pakar mengatakan wujudnya tekanan yang luar biasa daripada Beijing.
“Ia terlalu sedikit, sudah terlambat,” kata pakar China di Institut Teknologi Rose-Hulman, Timothy Grose dipetik Vox News.
“Tragedi sebenar semua ini ialah Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah gagal untuk menegakkan misi asasnya iaitu untuk melindungi hak asasi manusia,” katanya.
Masih ada peluang untuk Majlis Hak Asasi Manusia untuk menebus kembali dirinya. Di Geneva, di mana ia sedang bermesyuarat selama hampir sebulan perbahasan, ia boleh mengundi resolusi untuk secara rasmi mengutuk penindasan Beijing terhadap etnik Uyghur.
Sekumpulan negara demokrasi dilaporkan sedang berusaha keras ke arah resolusi sedemikian. Tetapi mereka mungkin tidak mempunyai cukup undi untuk meluluskannya susulan China mempunyai sekutu dalam majlis itu dan negara itu sendiri adalah ahli.
Sumber: Vox

You must be logged in to post a comment Login